Monday, January 18, 2010

Larangan Purdah Cabul Nilai Teloransi Di Britain.

Parti di Britain cadang haram purdah

LONDON 18 Jan 2010 – Parti berhaluan kanan Britain, Parti Bebas United Kingdon (UKIP) mengesa supaya pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di tempat awam di negara ini diharamkan.

Kerajaan, bagaimanapun berkata, cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain.

Penggubal undang-undang UKIP, Nigel Farage memberitahu BBC bahawa pemakaian purdah melambangkan `simbol yang membahagi-bahagikan Britain’ dan menghalang wanita Islam berasimilasi dengan cara hidup negara ini.

Bagaimanapun, tidak ada parti utama di Britain yang menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Pendidikan, Ed Balls berkata, pengharaman pemakaian purdah di tempat awam `bukan amalan Britain, ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan di negara ini’. – AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita patut sokong sikap kerajaan Britain yang menganggap cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain, dan bukan amalan Britain. Ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan, walaupun yang menggesa itu adalah parti berhaluan kanan UKIP.

3 comments:

Anonymous said...

Orang besar berfikir mengenai perkara besar, dan orang kerdil berfikir mengenai perkara kerdil...

Ibnu Hasyim said...

Kalau jiwa kita besar segala masalah jadi kecil, kalau jiwa kita kecil segala masalah jadi besar..

Anonymous said...

meminjam kata2 ulama..."aku pergi ke barat,melihat Islam tanpa penganut"..

berbeza dinegara yg mengaku Islam...mesir melarang purdah..malaysia menyaman pemakai serban di sekolah..

Walaubagaimanapun,kita bersyukur..selepas tragedi anting2 norfarahin jamsari jatuh ketika sedang mbaca berita,kini dah ramai pbaca mengenakn tudung...

-saddamalaya-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails