▼
Monday, January 18, 2010
PAS Perlu Serius Daftar Pemilih Anak Ahli -Tuan Ibrahim Tuan Man
KL Jan 18 2010. PAS memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli PAS dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka. Demikian harapan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu dihubungi di sini petang tadi.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha membuka daftar pemilih pada setiap siri program Juara Rakyat yang diadakan oleh UMNO adalah bagi membolehkan lebih ramai yang belum lagi mendaftar keanggotaan Umno dan pemilih, dapat mendaftar segera, serta dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.
Kata Tuan Ibrahim lagi,
"PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing.
"Pejabat Agung PAS juga mengambil inisiatif menggerakkan kempen keahlianan daftar pemilih ini," katanya.
Beliau turut mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.
"Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno. Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai.
"Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan jet dan kes Menetri Besar Perak yang belum selesai,"ujar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Ahli-ahli PR perlu pastikan anak-isteri, saudara-mara dan handai taulan wajib daftar mengundi. (2MA)
Ye.. teramat setuju dan bertepatan dengan usaha dan agenda pemerkasaan PAS PP ..
ReplyDeleteAl-hamdulillah. t. kasih ustaz.
ReplyDelete