Gabriela Korinkova dinobatkan
sebagai ratu Miss Poh Kong 2009
KEMENTERIAN Pelancongan,
Menurut kenyataan e-mel Pixarus Communications Sdn. Bhd. kepada Kosmo!, gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009 telah dinobatkan kepada Gabriela Korinkova, 24, seorang pelajar dari Republik
Pada pertandingan itu, para pengunjung begitu kagum menyaksikan barang kemas rekaan dan koleksi terkini yang diperagakan oleh peserta antarabangsa yang jelita. Barang kemas tersebut termasuklah emas daripada koleksi Tranz dan mutiara, batu berharga pelbagai warna dan berlian daripada jenama antarabangsa seperti Schoeffel, Luca Carati, Angel Diamond, SunDay, Rodney Rayner dan Alessandro Fanfani.
Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola elektrik tempatan, Dennis Lau dan pemain saksofon berpengalaman, Jimmy Sax. Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong, Datuk Eddie Choon berkata, pihaknya berasa bangga dapat menaja acara itu bagi kali keenam.
"Ia merupakan sumbangan syarikat bagi memeriahkan perayaan akhir tahun untuk pengunjung dan pada waktu yang sama membantu mempromosikan industri pelancongan negara.
"Acara ini tepat pada masanya kerana diadakan pada waktu jualan akhir tahun yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan," katanya.
Katanya, Poh Kong sentiasa menawarkan produk menarik untuk semua orang daripada yang ringkas kepada glamor. (AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Ratu barang kemas, yang mana barangnya? Inilah antara kerja-kerja 'maksiat' bernaung di bawah Kementerian Pelancungan
No comments:
Post a Comment