Saturday, January 02, 2010

Ratu Barang Kemas, Mana Barangnya?

Peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan ratu barangan kemas ke 6, anjuran Poh Kong Jewellers.


Gabriela Korinkova dinobatkan

sebagai ratu Miss Poh Kong 2009


KEMENTERIAN Pelancongan, Malaysia menyokong pertandingan merebut gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009. Sebanyak 46 peserta Miss Tourism International 2009 ke-13 didatangkan dari serata dunia berkumpul di pusat beli-belah Sunway Pyramid Selangor di sini.

Menurut kenyataan e-mel Pixarus Communications Sdn. Bhd. kepada Kosmo!, gelaran Miss Poh Kong Glamour 2009 telah dinobatkan kepada Gabriela Korinkova, 24, seorang pelajar dari Republik Czech. Beliau membawa pulang hadiah mutiara South Sea dan Tahiti dengan rantai leher berlian bernilai RM10,000 daripada Poh Kong Jewellers.

Pada pertandingan itu, para pengunjung begitu kagum menyaksikan barang kemas rekaan dan koleksi terkini yang diperagakan oleh peserta antarabangsa yang jelita. Barang kemas tersebut termasuklah emas daripada koleksi Tranz dan mutiara, batu berharga pelbagai warna dan berlian daripada jenama antarabangsa seperti Schoeffel, Luca Carati, Angel Diamond, SunDay, Rodney Rayner dan Alessandro Fanfani.


Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola elektrik tempatan, Dennis Lau dan pemain saksofon berpengalaman, Jimmy Sax. Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong, Datuk Eddie Choon berkata, pihaknya berasa bangga dapat menaja acara itu bagi kali keenam.

"Ia merupakan sumbangan syarikat bagi memeriahkan perayaan akhir tahun untuk pengunjung dan pada waktu yang sama membantu mempromosikan industri pelancongan negara.

"Acara ini tepat pada masanya kerana diadakan pada waktu jualan akhir tahun yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan," katanya.

Katanya, Poh Kong sentiasa menawarkan produk menarik untuk semua orang daripada yang ringkas kepada glamor. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ratu barang kemas, yang mana barangnya? Inilah antara kerja-kerja 'maksiat' bernaung di bawah Kementerian Pelancungan Malaysia, yang kononnya sebuah kerajaan Islam maju ikut perkembangan masa. Halal-haram.. tak kira??

No comments:

Post a Comment