Saturday, January 02, 2010

RM 800 Juta Gantirugi: Orang Lain Buang Sampah.. -Nik Aziz



KOTA BHARU: “Orang lain buang sampah, kita kena sapu." Begitulah kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura. Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalau tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang).. kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya.(Sinar Harian/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails