HALAMAN HIBURAN
Sijil kematian Michael sahkan Raja Pop dibunuh
LOS ANGELES: Sijil kematian Michael Jackson mengesahkan Raja Pop itu mati dibunuh, akhbar News of the World mendedahkan semalam. Akhbar itu mendapatkan salinan dokumen dengan pindaan yang mengesahkan perkara itu.
Dalam sijil asal 7 Julai tahun lalu, timbalan koroner Cheryl MacWillie tidak menyatakan punca kematian Raja Pop itu. Namun selepas siasatan lanjut, sijil itu dipinda pada 31 Ogos lalu oleh pemeriksa perubatan Christoper Rogers kepada 'homisid.
Peguam Hollywood terkenal itu, Michael Flanagan sebelum ini menyelamatkan seorang jururawat daripada tuduhan membunuh apabila dia didakwa secara salah memberi ubat penahan sakit Propofol. Afidavit polis berkata, Murray mengakui menyuntik Jacko, 50, dengan Propofol dan ubat lain beberapa jam sebelum kematiannya.
Sementara itu, sumber keluarga Jacko berkata kelmarin:
"Kami memberi kepercayaan kepada polis.
"Kami mahu pihak berkuasa mengeluarkan perincian apa yang berlaku ke atas Michael beberapa jam terakhirnya. Kami mahu kertas kerja menunjukkan jenis ubat disuntik ke dalam tubuhnya.
"Kebanyakan dokumentasi dirahsiakan dan kami tidak memahaminya. Kami berasa lebih daripada seorang bertanggungjawab atas kematian tragik Michael."
Dalam perkembangan lain, penemuan hasil siasatan enam bulan akan dibentangkan kepada Peguam Daerah Los Angeles dalam tempoh beberapa minggu. Satu sumber penguat kuasa undang-undang berkata 'hampir pasti' Dr Murray akan didakwa. Dia akan didakwa atas tuduhan kecuaian nyata, sama ada dengan menyebabkan kematian secara sengaja atau tuduhan lebih serius, menurut Fox News. - Agensi
last nite just watched 15 unforgettable Hollywood scene about the death of celebrities n artists. Pathetic. being glamor unnecessarily happy.
ReplyDelete