Friday, January 01, 2010

Tahniah YDP & TYDP Majlis Agama Islam PP -Dr Hj Mohd Hasyim

Oleh Megat Ali Megat Alang

Dr Hj Mohd Hasyim

KL Jan 01, 10; TAHNIAH diucapkan kepada Ustaz Elias Zakaria yang dilantik sebagai Yang Di-pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ustaz Salleh Man dilantik sebagai Timbalannya. Ucapan dari Blog Ibnu Hasyim seperti yang dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

"Saya ucap tahniah, sempena tahun baru ini. Diharap mereka dapat berkerja dengan semangat yang baru. Alhamdulillah." Kata Dr Hj Mohd. "Mereka memang layak."

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Elias Zakaria, sebagai Yang Di-pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa hari ini juga. Begitu juga dengan pelantikan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Salleh Man sebagai Timbalan Yang Di-pertua MAINPP dan 13 lagi ahli MAINPP.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan itu berkata, pelantikan terbabit sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Seksyen 11 (1)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. Katanya, kerajaan negeri mencadangkan beberapa individu yang layak menganggotai majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Abdul Malik berkata, lima daripada 13 ahli MAINPP dilantik sebagai ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman; Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Datuk Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus; Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob. Manakala lapan yang dilantik sebagai ahli biasa.

Sementara itu, Elias, 53, berharap beliau akan mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Pulau Pinang dalam usaha membangunkan umat Islam di negeri itu. Menurutnya, tugas ini adalah amanah yang diberikan kepadanya dan dia akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Beliau yang menerima surat pelantikan itu pada Isnin lalu pernah menjadi ahli MAINPP selama 10 tahun iaitu dari 1998 hingga 2007.

"Saya kenal mereka lama. Saya tak pasti mereka kenal saya lagi atau tidak. Tahniah. Tahniah!" Ujar Dr Hj Mohd Hasyim dengan gembira, sewaktu dihubungi malam tadi. (2MA)

6 comments:

Amuraria said...

SALAM DAN TAHNIAH ,HARAP JANGAN JADI MACAM MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG LEWAT 60'AN DAN AWAL 70'AN KERANA MASA ITU PENGKHINAAT NOMBOR WAHID IAITU PARTI KARAT BIRU UMNOI/BN BERPAKAT DENGAN PENGERUSI DEWAN PERNIAGAAN MELAYU PULAU PINANG SYED ABAS ALHABESHI,YANG DIPERTUA MAIPPP,MPPP JUGA PEJABAT TANAH SERTA PDRM MENGUGUT,MERANCANG,CUBA MENYELEWENG DAN MENUKAR STATUS TANAH WAKAF TN HJ KASSIM KG MAKAM DI JALAN DATUK KERAMAT PP UNTUK MENJADI TANAH BERSTATUS KOMERSIAL SUPAYA SENANG BUAT 'FULUS',TAPI BERKAT KETABAHAN ALLAHYARHAM PAK SALIM HASHIM & PARA PEMBELA TANAH WAKAF ITU KERJA KHIANAT ITU TERBANTUT SEKEJAP WALAU UMNO BERJAYA MENCEROBOH TANAH WAKAF PERKUBURAN DENGAN MENDIRIKAN 'KELAB UMNO' DIATAS TANAH PERKUBURAN HINGGA HARI INI ,PIHAK BERWAJIB TUTUP MATA TERUTAMA MAIPP DENGAN PENCEROBOHAN INI ! HALALKAH PEMBINAAN BANGUNAN DIATAS KUBUR ?

Ibnu Hasyim said...

Ya. Saya teringat slogan yang tertulis di tiang batu Kg Makam dengan cat merah 'Tanah wakaf tanah Alah!

Ibnu Hasyim said...

Ya. Saya teringat slogan yang tertulis di tiang batu Kg Makam dengan cat merah 'Tanah wakaf tanah Alah!

Ibnu Hasyim said...

Ya. Saya teringat slogan yang tertulis di tiang batu Kg Makam dengan cat merah 'Tanah wakaf tanah Alah!

Ibnu Hasyim said...

Ya. Saya teringat slogan yang tertulis di tiang batu Kg Makam dengan cat merah 'Tanah wakaf tanah Alah!

Abdullah said...

salam ..mintak YDP & TYDP tolong tenguk sat masjid TTSaadon masih lagi org yg tak amanah pegang jawatan pengerusi..ada kes Dgn SPRM lagi..tolong lah guna tgn utk ubah kemungkaran....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails