LONDON - Kajian Pusat Penyelidikan Sosial Negara mendapati 45 peratus penduduk Britain percaya bahawa dasar dan undang-undang negara akan menjadi lebih teruk jika terdapat ramai ahli politik yang mendalami agama.
Kajian sosial itu juga mendapati kebanyakan rakyat Britain berasa bimbang dengan kebangkitan Islam di negara itu. Menurut kajian itu, majoriti penduduk turut khuatir mengenai perpecahan yang bakal wujud di negara itu disebabkan perbezaan agama.
Kajian Pusat Penyelidikan Sosial Negara ke atas 4,486 responden itu mendapati separuh penduduk Britain menentang pembinaan masjid di kawasan perumahan. Sebahagian besar penduduk percaya eksperimen kepelbagaian budaya di Britain menemui kegagalan dengan 52 peratus responden mendakwa negara itu kini berpecah akibat perbezaan agama.
Seramai 42 peratus responden lagi mendakwa kepelbagaian agama sekadar menyumbang kepada kesan negatif di Britain. Hanya segelintir penduduk negara itu yang memberi pandangan positif mengenai penganut Islam. Kajian itu turut mendedahkan mengenai penentangan besar terhadap Islam berbanding kepercayaan lain selain ramai responden berharap kebebasan bersuara dihadkan di Britain dalam usaha mendiamkan pelampau agama.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita bimbang penularan virus pemikiran seperti ini berkembang ke Malaysia. Apakah isu guna nama Allah dan penyerangan gereja ada kaitan dengan virus ini yang caturi oleh tangan-tangan ghaib dari luar? Inilah yang perlu diselidiki dan kesannya ke atas agama Islam.
1 comment:
orang politik jika belajar ugama cara betul maka ramai yang bagus. tapi jika tak bejar ugama lagi bodoh pula macam umno tak tau ugama apa.
Post a Comment