Sunday, January 17, 2010

M'sia: Tiap 17 Minit 17 Saat Lahir 1 Anak Haram. Kerja Siapa?


KL Jan 17 2010. SETIAP 17 minit 17 saat, lahir seorang anak haram atau anak luar nikah di Malaysia. 83.3 kes terdapat setiap hari dan purata bulanan berjumlah 2,500 kes.

Hal ini dilihat melalui statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003). Dan 30,978 dari 70,430 (44%) bayi yang tidak sah taraf itu, adalah anak orang Islam.

Lihat, laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyebutkan terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Komen blog ibnu Hasyim: Mengapa jadi begini, kerja siapa dan siapa bertanggung jawab? Jawabnya ialah Kerajaan BN dengan pakej pentadbiran dan perundangannya yang tidak Islamik. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails