Pemandangan di Tapaktuan..
CATATAN PERJALANAN MEDAN-ACEH 5
SEBELUM dilanjutkan kisah perjalanan ini, teringat saya kepada dua buku Hamzah Fansuri. Pertama, 'Hamzah Fansuri –Risalah Tasawuf Dan Puisi-puisinya'. Terbitan Mizan. Kedua, 'Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Karya-karya Sufi'. Terbitan Khazanah Fathaniyah. Kuala Lumpu 1996.Di buku-buku itu terdapat huraian syair-syair Hamzah Fansuri yang dianggap hebat masih terlekat diingatan saya. Antaranya, kisah pengembaraan mencari Tuhan..
"Hamzah Fansuri di dalam Mekah
Mencari Tuhan di Bait Al Kaabah
Di Barus ke Qudus terlalu payah
Akhirnya bertemu di dalam rumah.
Hamzah Syahr Nawi zahirnya Jawi
Batinnya cahaya Ahmad yang safi
Sungguh pun ia terhina jati
Asyiqnya daim akan Dzat Al Bari."
Dan banyak lagi bacaan boleh di kaji yang ada kaitan dengan aliran fikiran begini, seperti tulisan tulisan Ibnu Arabi, Maulana Jallaludin Rumi, Surahwadi Al Maktub, Al Hallaj, Syeikh Abdul Qadir Jailani , Abu Yazid dan juga Syeikh Siti Jenar. Hamzah Fansuri yang mencari Tuhan di Baitullah Mekah, juga akhirnya bertemu Allah di dalam rumah. Jadi Allah mengawasi kita dan sentiasa ada di mana-mana.
Dalam mencari-cari maklumat mengenai Hamzah Fansuri tiba-tiba tercungkil kembali rasa rindu dengan ingatan-ingatan lama di rumah Allah itu, bila terjumpa satu blog yang memaparkan gambaran kota Makkah hari ini. Maka saya menukilkan gambaran kaabah, sebagai membongkar rindu-syahdu ingatan di rumah Allah bagi yang telah pergi dan melahirkan rasa cinta bagi yang akan pergi.. Inilah sekelumit darinya.
Suasana Dalam Masjidil Haram
Tenang menunngu masuk waktu solat isyak...
Laluan di bawah lampu-lampu indah..
Agak sunyi sedikit pada waktu ini..
Suasana yang sungguh nyaman dan tenang ketika ini.. Subhanallah
Suasana di Dataran Kaabah waktu Solat Mahgrib tadi...
Keadaan dataran Kaabah sebelum masuk waktu solat Mahgrib..
Dah nak bermula masuk waktu solat.. Malam minggu disini, sekolah pun cuti seminggu. Sekarang di Saudi ni ramailah jemaah yang datang.. Alhamdulilah..
Sungguh tenang suasana dataran Kaabah nihhh...
Alahmdulilah.. selesai sudah solat Mahgrib tadi...
Diangkat dari Blog..
PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH
Sila ziarahinya, banyak lagi penglaman dari kota rumah Allah itu. Terima kasih kepada blog tersebut, tahniah!
Kita tinggalkan kisah pengembaran Hamzah Fansuri mencari Allah di Baitullah, dan kita juga lihat 'Rumah Allah' masa kini yang dalam gambar-gambar di atas. Maka perjalanan ini pun diteruskan ke Tapaktuan dan ke Manggeng ....
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Manggeng, Tapaktuan, Aceh.
Feb 12, 2010
Catatan perjalanan sebelum ini...
No comments:
Post a Comment