Saturday, February 20, 2010

Apa Nak Hairan Ciuman Monahara, Ini Lebih Lagi..

Gambar Cium Manohara Dengan Teman Lelaki Tersebar


Foto- DetikHot.com

BEBERAPA keping gambar terbaru Manohara tersebar di internet yang memperlihatkan aksi cium pipi antara Manohara dengan jejaka yang bukan suaminya.

Namun ketika dimintanya untuk mengulas aksi tersebut, Manohara dengan mudah menjawab itu adalah perkara biasa baginya.

"Memang Manohara biasa berkelakuan begitu. Terutamanya kepada orang-orang yang rapat dengannya," ujar pengurusnya, Glenn seperti dipetik Detikhot.com.

Pengurusnya turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.

Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas isteri Sultan Kelantan itu.

"Tidak, itu bukan kekasih Manohara," jelas Glenn.

Sementara itu di Jakarta, beberapa buah akhbar dan blog di Indonesia membuat spekulasi Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra sudah mempunyai kekasih baru selepas tersebarnya dua gambar yang menunjukkan dia mencium pipi seorang lelaki.

Menurut akhbar Detikcom terdapat lima keping gambar yang menunjukkan Manohara berada di sisi seorang lelaki yang berambut pendek.

Dua gambar menunjukkan bekas model yang berumur 17 tahun itu mencium pipi lelaki misteri itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa nak hairan, yang di bawah ini lebih lagi.



Lihat Sebelum ini...

Lanjutnya.. klik di sini..

2 comments:

mr edz said...

dunia akhir zaman pak hasyim... ya Allah kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepada umatmu ini.

saudara rantau said...

Allah telah mengangkat pemimpin...jika umat itu berkehendakkan yang mereka sukai, Allah dengan izinNya pasti mengangkat pemimpin itu.. jika Ia berkehendakkan sesuatu yang baik.. maka dikalangan mereka itu telah diberi hidayah dan kebeneran..

jika sebaliknya.. dikalangan mereka yang zalim, nescaya di angkatNya.. nauzubillah..

Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu yang dapat merubahnya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails