Thursday, February 25, 2010

Begini Rumahku, Anak Peneroka.. Kubu Kekuatan UMNO.







PENEROKA Chini Timur 2 ini saudara Mat Zamri bin Mat Zin, 389 blok 7, pkt 02, ingin mengadu.. Memohon jasa baik Felda agar permohonan pinjaman perumahan yang di pohon dan telah mengisi borang sebanyak 3 kali.. tetapi sehingga sekarang tidak ada keputusan.

Sedangkan orang lain selepasnya pun sudah dapat. Malah rumah yang cantik pun ada yang dapat. Beliau berasa malu apabila keluarga dari kampong (Pulau Rusa Pekan) datang dengan keadaan rumah yang daif ini. Beliau amat keciwa apabila usaha untuk dapatkan pinjaman ini gagal dan tidak tahu dimana lagi nak mengadu.

Ada sahabat-sahabat beliau menyarankan agar berjumpa dengan PM tetapi beliau menolak dengan alasan “Takkan dengan perkara kecil ini pun nak jumpa PM?".

Beliau berkata perkara yang paling sedih sekali ialah apabila keluarga,jiran-jiran atau kawan-kawan datang kerumah dengan keadaan rumah yang tidak ada ruang tamu.
Katanya lagi “kami anak tempatan tapi inilah keadaan kami”

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) (24 Februari 2010) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.



Mazlan Aliman (kiri) menyerahkan memorandum kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Di situlah kubu atau teras kekuatan UMNO, di mana pengundi-pengundi Felda terus memenangkan UMNO dalam PRU lepas. Kalau UMNO kalah di Felda-Felda seperti ini, BN juga akan bungkus. Malaysia akan ditawan Pakatan Rakyat. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails