Monday, February 01, 2010

Facebook, Israel, Najib, Ulama & Perjuangan Islam.


FACEBOOK, laman jejaring sosial, kini dikatakan jelas diwujudkan sebagai alat Israel untuk memantau orang-orang Islam dan mendapatkan informasi yang berharga mengenainya. Seperti kita ketahui, di Facebook, penggunanya dapat memperbaharui status mereka atau 'posting' foto keluarga.

Menurut 'Indonésie Magazine' yang bertapak di Perancis, intelijen Israel memberi fokus pada pengguna Facebook, terutama kepada Arab dan Muslim. Israel menggunakan informasi yang diperoleh melalui halaman Facebook, untuk menganalisis aktiviti penggunanya dan memahami bagaimana mereka berfikir. Kerana itu duta Israel di Paris menuduh majalah tersebut “mengungkapkan rahsia kepada musuh." Facebook merupakan aktiviti rahsia Israel yang ditemui pada Mei 2001.

Gerard Niroux, Profesor Psikologi di Universiti Provence Perancis juga menulis buku 'The Dangers of The Internet', berkata. "Facebook adalah sebuah jaringan intelijen Israel terdiri dari psikologi memikat pemuda dari dunia Arab, terutama dari negara-negara yang terletak di dalam jangkauan konflik Israel-Palestin di samping negara-negara di Amerika Latin,"

Niroux mengatakan sejumlah besar orang-orang menggunakan laman jejaring itu untuk bertemu orang lain dan hal itu sebenarnya membuatkan suasana tidak aman. "Sangat mudah untuk mengintp orang lain melalui perempuan," katanya kepada majalah itu.

Ini bukan pertama kalinya Israel dituduh menggunakan Facebook untuk megintip orang. Pada bulan April 2008 surat khabar 'Jordan Al-Haqiqah al-Dawliya' menerbitkan sebuah artikel berjudul 'The Hidden Enemy' membuat dakwaan yang sama. Akhbar itu menyatakan bahawa sangat merbahaya khasnya bagi golongan remaja, yang seringkali mengungkapkan data pribadi tentang diri mereka di Facebook. Kerana itu semua hal boleh diketahui oleh orang lain dengan mudah.

Jadi, umat Islam mudah menyertainya degan hanya sekadar meng-up-date sambil makan mie ayam atau mungkin dari dalam bilik mandi sahaja. Sedangkan di Chennai pula selain politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, beliau mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda.

Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.

"Saya bercadang untuk menjemput kesemua mereka minum teh dengan saya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa," Najib memberitahu New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya baru-baru ini ke Chennai.

"Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan.

"Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)," kata Najib, yang ceria berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik.

Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya. Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan," beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual eksklusif.

Najib mengakhiri temu bual itu dengan berkata, para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, bolehkah Facebook membantu perjuangan Islam, kerana ramai juga ulama-ulama menyertainya? Kecuali di Iran kerana kerajaan tersebut cuba menanganinya. Inilah yang perlu dinilai dan difikirkan bersama. (AK)

6 comments:

Thoughful Boy said...

minta untuk mengambil artikel ini...

Ibnu Hasyim said...

Boleh. Alhamdulillah.

lala . ila said...

minta artikal ini untuk dipOs di facebOok .

Abdullah Zulfahmi said...

Salam... sy nak minta izin ambil artikel ni...tq

Ibnu Hasyim said...

T.kasih kepada tuan-tuan yang memanjangkan tulisan ini. Termasuk sebuah akhbar berbahasa Cina beberapa hari lepas.

T.kasih atas sokongan tuan-tuan.

jiGoku_sHoujO said...

salam, minta ambil article mutuk diletakkan dlm fb..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails