Friday, February 19, 2010

Isu Sebat: UMNO Lebih Ke Depan Tonjol Islam Dari PAS?


KUALA LUMPUR, 19 Feb: Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad meminta parti itu tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat yang sedang dimainkan Umno Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Dzulkifly ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas berkata, Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

"Saya melihat ada politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini.Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

"Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.Yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan dewan Negara.ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam perlembagaan persekutuan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan, PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira jantina.

"PAS tetap mengatakan bahawa apa jua undang-undang syariah walaupun sedikit dalam sistem perundangan yang ada di Malaysia ini hendaklah dilaksanakan.

"Sia-sialah kalau ada undang-undang tapi tidak dilaksanakan atau dikesampingkan. Ini menjadikan ia satu bahan lawak.

"Jangan apabila berlaku sedikit penghukuman ini, yang ditonjolkan adalah tiga wanita disebat sedangkan lelaki pun ada yang menerima hukuman itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosio politik yang baik dan adil, di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini katanya, Kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara.

"Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, Kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya juga, sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ianya harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.

Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan yang sewajarnya. Biar cukup bukti, baru boleh kenakan hukuman sebat. Jangan terus jatuhkan hukuman begitu sahaja.Diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman," katanya.

PAS juga tegasnya, bukan sahaja serius dalam isu hukuman sebat terhadap wanita seperti yang cuba dimainkan Umno BN,namun apa yang lebih penting, PAS bersama Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam zseperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa.

"PAS menekankan bahawa yang lebih penting sekarang ini,perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang memperjuangkan islam adalah menuntut supaya negara negara ini bebas dan serentak membanteras segala perbuatan jenayah yang melanggar perinsip islam iaitu rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan membolot kekayaan negara dengan mengagihkan kekayaan kepada suku sakat dalam amalan kronisme dan pelbagai keruntuhan akhlak,"tegasnya.

Sehubungan itu ujarnya, PAS tetap dengan pendiriannya untuk membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan yang melanggar syariah dan menentang kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

"saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan syariah, dengan dasar-dasar pakatan rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus," katanya.

Sementara itu di Putrajaya pula Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat hukuman sebatan yang dikenakan di bawah undang-undang Syariah adalah “agak jauh ringan” berbanding perundangan sivil dan beliau yakin ia tidak akan menjejaskan imej negara. Sehubungan itu timbalan perdana menteri itu berkata, pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya, jadi, berbeza sekali, sekiranya ada penjelasan sebegitu, maka tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan daripada segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jelas UMNO lebih ke depan tonjolkan Islam dalam isu sebat (Pelbagai sumber: 2MA)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails