Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam Sabtu itu, dianggarkan sebanyak RM1 juta musnah apabila kedai yang penuh bersejarah serta identiti Pulai Chondong itu hangus terbakar. Dalam kejadian terbesar yang melanda negeri Kelantan awal tahun ini, kerajaan negeri menyumbangkan sebanyak RM1,500 kepada setiap mangsa, sebagai sumbangan pertama untuk mereka.
Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa di Pasar Pulai Chondong. Tuan Guru ketika berucap pada majlis ringkas itu menyeru jiran tetangga supaya membantu rakan-rakan mangsa kebakaran penuh keikhlasan sebagai cara meringankan bebanan mereka.
Menurutnya, bencana tersebut ujian Allah dan semua mangsa harus menerima dengan hati yang tabah.
“Sikap cakna ini sedikat sebanyak dapat meringankan kesusahan mangsa sama ada dari segi fizikal atau mental mereka.
“Yang tinggal berdekatan tolong bantu dan berikhtiar dan saya ucapkan takziahlah kepada semua mangsa kebakaran,”ujarnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 20 mangsa kebakaran rumah kedai dua tingkat di Bandar Lama Pulai Chondong semalam mungkin menjadi kumpulan pertama yang akan menerima Wang Ihsan sumbangan kerajaan Persekutuan bulan depan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan muktamad dan butir-butir lanjut mengenainya akan diketahui hanya selepas pihaknya mengadakan mesyuarat bulan depan.
Hari ini pula, di Kota Baharu Datuk Seri Mustapa Mohamed pula meluahkan rasa sedih apabila beliau dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.
"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.
Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerajaan Negeri dah beri sumbangan. Kerajaan Pusat 'mungkin' beri lepas mesyuarat bulan depan. Kerajaan Negeri sedih tragedi kebakaran itu, menasihati mangsa supaya tabah menerima ujian Allah dengan mempercepatkan bantuan.
Datuk Sri Mustapa sedih kerana dilebelkan 'derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan' kerana menyokong Kerajaan Pusat merampas royalti minyak rakyat Kelantan, tidak seperti Tengku Razaleith walaupun sama-sama UMNO. (AK)
5 comments:
Salam ziarah..... kalau tanya saya bagaimana PRU 13 di Kelantan nanti.... jawabnya tak payah bawa banyak isu cukup sekadar isu royalti minyak.
semoga tuhan memberi pertunjuk kepada orang dah lupa asal usul dan rakyat sudah tahu siapa yang perjuangkan isu royalti minyak dan siapa pengapu wang ihsan
Pesanan kepada Stopa,anak-anak dan keluarganya, gelaran PENGKHIANAT RAKYAT KELANTAN, akan InsyAllah lekat padanya sampai bila-bila, walaupun mungkin selepas dia tiada lagi.
eleh...x reti bersyukur langsung.semua org buat salah.x bg salah bg pon salah.apa bezanya, dpt duit jugak.ekonomi ngeri dah merosot sgt le 2. dlu x bsing pon.knp skang bru bising?
bersyukur le sbb ade gak nk g duit.
Post a Comment