Sunday, February 07, 2010

Kenyataan Palsu DPMMPP, Malulah Sikit UMNO PP..


Feb 6 10. KERAJAAN negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri. ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 50 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai 'Gabungan Sedaq' telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga Melayu.

Antara mereka yang bercakap sewaktu protes tersebut ialah presiden DPMMPP Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa telah merobohkan premis peniaga Melayu. Perhimpunan yang dihadiri 300 orang itu, yang diketuai oleh presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, gagal menyerahkan memorandum terus kepada Guan Eng.

Marah kerana hanya ditemui setiausaha politik ketua menteri - Ng Wei Aik, mereka bertindak membakar memorandum tersebut sebelum turut membakar patung Guan Eng.

Sementara itu, menurut Harakahdaily.net ketua penerangan PAS, Idris Ahmad menyebutkan, peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta. “Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010... Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tahniah Kerajaan Pulau Pinang. BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang. Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja. Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Malulah sikit UMNO Pulau Pinang!

6 comments:

Pacifist said...

selama 52 tahun dahulu orang melayu melarat di bumi pulau pinang.tiada seorang pun pendekar/pahlawan/hulubalang melayu bangkit mempertahankan hak.seolah2 kesalahan dahulu diletakkan di bahu kepimpinan yg baru setahun jagung.begitu juga kes arak,dan rumat urut di selangor,sebelum PR memerintah,diam membisu.pabila PR memerintah,kecoh pasal arak dll,akulah JAGUH yg konon prihatin atas nasib umat islam.

mr edz said...

ibrahim ali buat apa kat sana?

Anonymous said...

salam ibnu hasyim..

bila nak balik kg.apa kata kita wash je melayu balik pulau.saudara kan asal sana.kita wash je beruk beruk yang wat demo ari tu(ada gak umno balik pulau kat situ)macam saudara ok tak cadangan saya ni..

orang balik pulau( org kg saudara)
kg perlis balik pulau.

Anonymous said...

assalamualaikum,
terdetik saya untuk memberi komen di sini. mungkin tuan bukan dari pulau pinang dan atas sebab itulah tuan fikir semua yang berlaku adalah polimik dari memana parti di belakangnya lebih2 lagi umno. Datanglah ke pulau pinang dan lihatlah sendiri diskriminasi yang terjadi dan betapa terpinggirnya melayu di sini lebih2 lagi golongan kontraktor dan perniaga kecil. Yah, benar sejak zaman gerakan lagi melayu di sini terpinggir dan sekurangnya di zaman gerakan, perniaga melayu tidaklah di tindas dan terus di tindas.. berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.. Sebagai anak pulau pinang saya terlalu sedih dengan apa yang berlaku dan orang luar trus menganggap ini lebih kepada polimik politik. ya allah sampai bilakah melayu nak sedar sesuatu yang harus di perjuang dan sesuatu yang politik...

Anonymous said...

to tanpa nama 10:58

ibnu hasyim memang anak jati penang.orang kg perlis balik pulau..aku nak tanya apasal ramai melayu jual tanah pada cina.cuma nak duit je kan.cina beli tanah pas tu buat umah n jual .lepas tu melayu tak mampu beli umah tersebut.tu ke maknanya ditindas.salah cina ke salah melayu(tuan tanah)..nak cakap apa pun pikir dulu..melayu skang fikirkan dunia je( duit ) dapat duit enjoy( pegi clubing,ubah suai keta,beli barang kemas sampai penuh lengan) tu tabiat melayu skang.bila susah kata ditindas.macam tu ke bangsa kita nak maju.ada duit nak tambah bini.macam tu ke nak maju.sedar la wahai bangsaku( terutama penang)jangan sampai cina hilang sabar dengan kita.ingat kebanyakan bangsa kita bekerja dikilang,pasaraya,hotel(tuan dia siapa)..buat diaorang ilang sabar kita juga hilang kerja.tu nak buat apa pikir la dulu...SAY NO TO RACISM..

Ibnu Hasyim said...

Maaf, saya baru baca komen tuan-tuan. T.kasih. Saya hantar tulisan di atas pun semasa saya berada di Indonesia. Kurang masa di internet.

Insya Allah, kita bincang lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails