Sunday, February 28, 2010

MB K'tan Di Majlis Perkenal Perlumba Le Tour de L'kawi..

SUKAN
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bersama Ketua Setiausaha (Operasi) KBS, Datuk Mohamed Yassin (kanan) bergambar bersama pelumba pasukan Letua Cycling Team pada majlis memperkanalkan perlumba Le Tour de Langkawi di sini, hari ini.

Perlumbaan LTDL mempunyai tujuh peringkat perlumbaan sejauh 1013.9 KM bermula di Kota Bharu berakhir di Dataran Merdeka.-Foto BERNAMA


Shahrul Akui Gementar Pada Aksi Sulung LTDL

KOTA BAHARU Ahad Februari 28, 2010: Pelumba pasukan kebangsaan, Shahrul Mohd Amin mengakui gementar pada aksi pertamanya di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 174.5 kilometer yang akan berlangsung esok.

Pelumba berusia 21 tahun itu antara enam pelumba yang dipilih untuk menggalas cabaran pasukan kebangsaan bersama-sama Amir Mustafa Rusli, Mohd Akmal Amrun, Ahmad Fallanie Ali, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Nur Ridzuan Zainal.

"Walaupun gementar, saya telah bersedia sepenuhnya dan akan cuba untuk memberikan aksi yang terbaik bagi membantu rakan-rakan yang lain," kata pelumba kelahiran Terengganu itu kepada pemberita di sini hari ini.

Shahrul turut berkeyakinan mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah dan kesukaran untuk menempuh perlumbaan dari peringkat pertama hingga ketiga kerana lima daripada enam pelumba Malaysia berasal dari Terengganu.

"Cuma kami perlu berhati-hati pada peringkat pertama dan kedua agar tidak ketinggalan jauh (catatan masa) daripada pasukan lain.

"Tidak mustahil untuk kami melakukan sesuatu yang membanggakan jika mengikut strategi yang dirancang oleh jurulatih pasukan, William Walker," katanya.

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad kebangsaan menduduki tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bersaing.

Sementara itu, LTdL 2010 yang dianjurkan sendiri oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus mendapat kepercayaan syarikat penaja swasta tempatan apabila Azham Zamiri Petroleum & Groups Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Azham Zamiri Mohd Satar tampil menjadi rakan penaja terbaru bagi perlumbaan yang memasuki edisi ke-15 ini. Penajaan berjumlah RM60,000 itu untuk membiayai kos petrol konvoi peserta-peserta LTdL 2010 bagi peringkat pertama (Kota Bharu ke Kuala Berang dan peringkat kedua (Kuala Terengganu - Chukai).

Perlumbaan LTdL tahun ini akan membabitkan tujuh peringkat perlumbaan sejauh 1013.9 kilometer menyusuri beberapa negara seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut..

Pertama:Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt. “Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal.)

Kedua: Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:

“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut. (247 : al-Baqarah.)

Ketiga: Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim –sahih)

Keempat:Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.

Maksudnya:

“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis Riwayat Bukhari – sahih)

Kelima: Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:

أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Keenam: Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian.

2 comments:

hasan said...

Memang Islam menggalakan sukan saperti berkuda ,memanah dan berenang tetapi aurat perlu dijaga bukan bagitu tuan.

mr edz said...

seksi nye seluar.. hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails