Sunday, February 21, 2010

Pakej Seks & Dadah.. Kerajaan BN Buat Buta Lagi?

PAKEJ...(dari kiri) Alisa dan Mia menawarkan seks dan dadah ketika mencari pelanggan.

PAKEJ...(dari kiri) Alisa dan Mia menawarkan seks dan dadah ketika mencari pelanggan.

CERITA...Alisa mengakui pelanggan perlu membayar harga bagi bekalan dadah jika ingin mendapatkan khidmat seks mereka.

CERITA...Alisa mengakui pelanggan perlu membayar harga bagi bekalan dadah jika ingin mendapatkan khidmat seks mereka.

KUALA LUMPUR: Dengan berpakaian seksi dan tutur kata menggoda, segelintir wanita yang lebih dikenali sebagai kupu-kupu malam di sekitar ibu kota dikesan memaksa pelanggan yang kebanyakannya golongan pertengahan membeli dadah sebagai syarat untuk meratah tubuh mereka.

Wartawan Metro Ahad yang membuat siasatan berjaya menemubual dua wanita daripada dunia gelap berkenaan yang bersetuju memberi maklumat mengenai kegiatan itu. Wanita terbabit mengakui meletakkan syarat mewajibkan pelanggan membeli bekalan dadah yang dibawa jika mahu melakukan hubungan seks dengan mereka.

Mereka mendakwa dadah terbabit boleh memanaskan badan lelaki hidung belang yang mahukan pelayan kelab malam sebagai teman ranjang, selain mencari wang sampingan. Seorang daripada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mia, 23, berkata dia perlu menjual bahan terlarang itu bagi menampung kehidupannya, namun ia dibawa dalam kuantiti kecil.

“Sebagai pelayan bebas, kami hanya mengharapkan komisen daripada pelanggan. Bagi mencari duit lebih, kami terpaksa menjual dadah sebagai syarat jika pelanggan ingin meniduri kami dan ini jalan paling menguntungkan.

“Pakej ini memang tetap. Jika pelanggan tidak mengambilnya pun tidak mengapa asalkan mereka membelinya. Saya memang perlu ‘melayannya’ untuk mendapatkan tenaga,” katanya.

Menurut Mia, ramai wanita sepertinya menawarkan pakej dua dalam satu itu dan dadah yang selalu dibawa ialah ecstasy, syabu atau ganja. Katanya, pelanggan daripada kumpulan pertengahan adalah sasaran kumpulan kupu-kupu malam itu berikutan lebih mudah dijerat dengan godaan serta pujuk rayu.

“Selalunya kami melihat pelanggan terlebih dulu, sama ada bekerja atau tidak, bagi memastikan mereka bukan lelaki sengkek atau datang dengan pasangan masing-masing.

“Ini kerana kumpulan ini lebih mudah digoda berbanding pelanggan poket tebal yang biasanya sudah menempah GRO untuk melayan mereka,” katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Alisa, 29, pula berkata, biasanya dia menawarkan pakej dua dalam satu itu serendah RM150.

Bagaimanapun, harga berubah mengikut jenis dadah yang diambil kerana bagi jenis ecstasy, harga ditawarkan sekitar RM80 sepaket yang mengandungi lapan biji pil.

Jenis ganja yang siap diproses menyerupai rokok pula boleh didapati dengan harga serendah RM10 dan syabu pula serendah RM50 sepaket kecil.

“Harga selalunya berlainan kerana kami menjualnya mengikut harga berbeza selain bergantung kepada pelanggan tetapi yang pasti, mereka perlu membeli dadah sekali.

“Kalau pelanggan tidak mahu layan barang itu pun tak mengapa, tapi mesti bayar untuk harga benda itu sekali dan kami boleh menggunakannya sendiri,” katanya.

Menurut Alisa, pengambilan dadah itu memang perlu kerana ia mampu memberi keyakinan serta kekuatan kepada mereka untuk melayan pelbagai ragam pelanggan, terutama ketika terpaksa melayan lebih lima pelanggan setiap hari.

“Kami jumpa bermacam-macam ragam orang dan bekerja juga hingga lewat pagi... jadi pengambilan benda ini memang satu keperluan,” katanya.

Alisa mengakui kebanyakan kumpulan wanita sepertinya tidak mengambil dadah terbabit ketika berhibur di pusat hiburan, sebaliknya akan ‘melayan’ bahan terlarang itu bersama pelanggan.

Dia berkata, wanita sepertinya sudah lama terjebak dalam pengambilan dadah dan mereka terpaksa menjual ‘benda haram’ itu bagi menampung perbelanjaan setiap bulan. (Mymetro/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Takkanlah sebuah kerajaan tak mampu berbuat apa-apa dengan maksiat yang berterang-terangan menyalahi agama dan perundangan negara, seperti berita di atas. Takkan pemberita lagi bijak dari pihak polis, jabatan agama, kementerian wanita atau lain-lain yang beroperasi sejak merdeka. Di mana salahnya pentadbiran kerajaan BN ini? Sudah tak mampu pimpin negara ke?

3 comments:

Anonymous said...

Pihak berkuasa mungkin tahu atau buat-buat tak tahu sebab tak melibatkan kepentingan mereka sendiri. Mereka mungkin sibuk nak tangkap orang politik yang boleh mengancam negara. Lebih baik rasanya bagi kuasa untuk tangkap penjenayah di pusat hiburan dan lain-lain yang terang-terang dapat dilihat kepada pada wartawan untuk bertindak. Cuma pastikan jangan tertangkap anak orang besar. Jika tidak ....faham sendiri.Itulah negaraku Malaysia.

Anonymous said...

Kesian orang kita mengambil hanya SAMPAH pembangunan...

Dan sedih sebab pemimpin politik kita seolah2 tidak berdaya untuk menutup jalan2 dan lorong2 ke arah maksiat.....

Memang sistem kerajaan yg korup suka dengan banyaknya sampah pembangunan supaya senang di cocok hidungnya dan dikawalnya ....

Anonymous said...

KERA jaan BN Umngok akan kata : itu pun KERA jaan mahu selesaikan ke..tak ada masa lah kami nak melancong habiskan duit rakyat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails