Friday, February 19, 2010

Pelajar: Nikah Susah, Buat Kerja Haram Tak Pa!

Sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari siang hari di Taman Tasik Titiwangsa, KL. Malam jangan cakap le...

KUALA LUMPUR, 2010/02/19, myMetro melaporkan:

GHAIRAH mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.

Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah bila hidup dalam negara yang tidak melaksanakan perundangan Islam, nikah yang sah sudah tidak dihormati lagi. Dicarilah berbagai alasan untuk menghalangnya. Kementerian Pelajaran, Agama, Wanita atau lain-lain patut bertanggung jawab menanganinya. Bukan dengan menghalang, remaja berkahwin, itu salah besar, punca pembiakan maksiat.

Yang patut dihalang seperti gambar di atas, dalam akhbar dan hari yang sama di bawah tajuk 'Layu di Tasik Titiwangsa'. Antara contoh maksiat terbuka, belum lagi dengan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kelab golf dan lain-lain.

4 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

macam mana maksiat tak makin banyak.lepas ni anak haram pun makin berlambak kat malaysia ni.tgk la wanita UMNO.sape yang megandung anak luar nikah jumpa je diaorang.bukan ke mengalakkan anak haram lagi tu namanya.ini ke didikan hadhari..

Anonymous said...

Dah berpuluh ribu anak zina di lahirkan semenjak UMNO memerintah negara....

Ini adalah bukti kukuh bahawa UMNO tidak kisah maksiat dan zina....asalkan dpt terus memerintah.

Anonymous said...

Kenap sikit-sikit UMNo yang bersalah? Bagaimana Kelantan yang di perintah oleh Pas contohnya? Kes pembuangan bayi sampaikan dibakar rentung mayatnya, bukan kah berlaku di kelantan? UMNO juga yang bersalah??

Anonymous said...

dh UmNGok pemerintah negara...keje diorang la..amanah dr rakyat...bkn free..bg gaji tuh...dh kalo PAS nk hukum lebih2kan ader tukang pembela...UmNGOk mmg suke kalo budak2 remaja nie jadik bodh senang la diorang nk terus berkuase...lepas dirang keturunan diroang gak pemerintah,pastu cucu diorang lak..cume MeLayu Yg Tak Sedar Diri yg bodoh je sokong..takde dpt aper2 pn...Kalo yg mmg ader kepentingan tuh takpe gak le nk sokong..kalo dpt 100 ngan kain sarung dh rase cukup..terus la sokong UmNGok..diorang dpt bilion2 pn tak puas..ko MeLayu= makin layu..dpt kain sarung pn jadi la...ha3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails