Wednesday, February 24, 2010

4 Anggota Militan Ditahan Polis Indo. M'sia Terlibat?

Maaf! Dia bukan militan JI. Gambar hiasan.

Lihat gagang Rencong Aceh ini berbetuk huruf Arab, "Ba" yang diambil dari padanan kata "Bismillah". Padanan kata itu boleh dilihat pada gagang yang melekuk kemudian menebal pada bahagian sikunya. Pada gagang tempat genggaman merupakan aksara "Sin". Bentuk-bentuk lancip yang menurun ke bawah pada pangkal besi dekat gagangnya merupakan aksara "Mim". Lajur-lajur besi dari pangkal gagang hingga dekat ujungnya melambangkan aksara "Lam". Bahagian yang runcing datar sebelah atas dan bahagian bawah yang sedikit melekuk ke atas merupakan aksara "Ha".

Rangkaian dari aksara Ba, Mim, Lam, dan Ha itu mewujudkan kalimat Bismillah. Jadi masyarakat Aceh tetap berpegang kepada agama.. Tetapi dia bukan JI...

BANDA ACEH: Polis Indonesia menahan empat individu selepas serbuan ke atas sebuah kem latihan pengganas di pedalaman Aceh dan memburu berpuluh lagi yang melarikan diri.

Ketua Polis Aceh, Aditya Warman, berkata kira-kira 50 militan berada di kem berkenaan dan mereka disyaki anggota kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa bertanggungjawab melakukan beberapa serangan di seluruh Indonesia.

Lebih 100 anggota polis bersenjata berat mengambil bahagian dalam serbuan sebelum tengah malam semalam itu di kawasan hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur Banda Aceh. Militan berkenaan mengadakan latihan ala ketenteraan termasuk penggunaan senjata api.

Polis menemui raifal, seragam tentera Malaysia dan bahan propaganda pengganas termasuk video pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong Barat. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Menurut berita ini 'Polis menemui raifal, seragam tentera Malaysia dan...' apakah ada cubaan mengaitkan Malaysia?

Anggota Polri

Anggota Polis Indonesia dalam operasi di Solo bulan September 2009

2 comments:

Anonymous said...

Betul atau sengaja di ada2kan?

Anonymous said...

yg saye hairan, knape ade seragam tentera malaysie di lokasi? adakah malaysie terlibat???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails