Wednesday, February 24, 2010

Selamat Salsabila! Yang Penting Sah Dalam Islam. Al-hamdulillah!

HALAMAN HIBURAN
Salsabila Yunan

SEPANG: Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang dilapor dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah pada Ogos tahun lalu, selamat kembali ke tanah air semalam.

Pesawat AK 0553 yang membawanya dari Surabaya, Indonesia, mendarat pada jam 4.10 petang di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.

Remaja itu yang lebih mesra dengan panggilan Bella keluar dari balai ketibaan jam 5 petang dan dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik melihat kelibat ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya seorang diri sejak sembilan tahun lalu setelah kematian ibunya.

Pertemuan penuh emosi itu disertai kakak Bella, Faridah, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.

Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk "Gerak Khas" dan "Renjis", memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.

"Saya berasa gembira dapat pulang ke tanah air namun agak sedih sedikit kerana suami tak dapat ikut sama, lebih-lebih lagi apabila saya sudah hamil lima bulan," katanya. Sementara itu, Yunan berkata, beliau tidak menjangka dapat menemui kembali anaknya setelah mengetahui dia berada di Lombok bersama suaminya.

Yunan berkata, beliau tidak lena tidur setiap malam kerana sering memikirkan keadaan anaknya itu, terutama setelah mendengar pelbagai berita mengenai kesusahan hidup di sana.

Lantaran itu beliau amat berterima kasih kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan pihak-pihak yang terlibat atas inisiatif membawa pulang anaknya setelah tujuh bulan berpisah.

"Marah memang marah kerana tindakannya itu, tapi saya dah maafkan anak saya dan minta dia jangan ulangi kesilapannya," kata Yunan ketika ditanya pemberita.

Menurutnya, beliau akan berusaha agar Bella dapat menyambung pelajarannya kembali sehingga sekurang-kurangnya ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bella dikatakan dilarikan teman lelakinya, Hafiz Sukma, 26, ke Lombok 7 Ogos tahun lalu sebelum bernikah di sana.

Yunan membuat laporan polis pada hari sama, dan kemudian meminta bantuan pelbagai pihak termasuk biro berkenaan selepas menerima panggilan telefon pada 23 Oktober lalu daripada Bella yang memberitahu ia berada di Lombok.

Pengerusi biro itu, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata beliau menganggap kes itu sebagai kes eksploitasi memandangkan Bella baru berumur 15 tahun dan masih tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, Bella juga sebenarnya sudah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didapati masuk ke negara itu secara haram, dan hampir didakwa.

Kesalahan itu boleh mengakibatkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda sebanyak 30 juta rupiah.

"Namun hasil kerjasama Biro Aduan dengan Imigrasi Indonesia, serta bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Salsabila dilepaskan dan dibenarkan pulang pada hari ini," katanya.

Muhammad Khairun berkata, kes itu wajar dijadikan pengajaran terutama bagi gadis-gadis di bawah umur. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Alhamdulillah. Semuanya selesai. Yang penting mereka berkahwin secara sah. Yang Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno kena ambil tahu pasangan-pasangan yang tidak berkahwin tapi duduk macam berkahwin. Tak kira dalam atau luar negara. Itu lagi penting. (AK)


Lihat yang lalu..

8 comments:

malaysia baru said...

Melarikan anak dara orang dan bernikah bukan cara orang soleh.

pencatat said...

mana2 anak dara nak merasa kahwin kat oversea bolehlah ikut jejak langkah tuh

majid said...

senangnya memaafkan mat indon, sampai sana nikah je kerjanya. mat indon ni senang senang je larikan anak dara orang, sepatutnya kerajaan jatuhkan hukuman kepada pesalah melarikan anak orang tak kira umur dia bawah umur ke atas umur pun, sampai skrg kerajaan dan rakyat malaysia berlembut sangat dengan mat indon lombok ni, ntah apa nak jadi malaysia ni, anak dara dilarikan orang pun ok je, tak marah asal anak balik bawak baka indon dah le, bunting pun ok asal anak balik ke pangkuan, bagusnya ayah skrg, bangang punya makbapak, tiada langsung nk mepertahankan maruah langsung. boleh diperdajalkan oleh mat indon sesuka hati, lepas ni ada lagi mat indon bawk lari anak dara malaysia. bagi hukuman kepada yang bersalah kenapa kita membiarkan mat indon yang celaka ini merosakkan rakyat malaysia. kalau sah pun nikahnya dimana tanggungjawab si celaka tu, kerja tiada hanya bergantung kepada mak ayah, selepas isap madu sepah dibuang dimerata rata, tak apa anak dh balik

yanti said...

yaallah x tau ke betapa periknya mak dia kandung jaga dah besar cam 2 dia balas..

Anonymous said...

An interesting discussion is definitely worth comment.
I do believe that you ought to publish more about this topic, it might not be a taboo subject but typically folks don't talk about these subjects. To the next! All the best!!

Review my blog post - free live sex cams for free

Anonymous said...

Why people still use to read news papers when in this technological globe everything is accessible on net?


Feel free to visit my weblog ... http://beta.truck.net/blogs/313602/349389/newbies-tips-for-trying-online-c

Anonymous said...

If you desire to grow your familiarity simply keep visiting this
website and be updated with the most up-to-date news posted here.


Also visit my weblog live sex show :: ::

Anonymous said...

I believe that is one of the so much vital info for me.

And i am satisfied studying your article.
However want to remark on few basic issues, The website style is ideal, the articles
is in point of fact excellent : D. Just right task,
cheers

My blog ... porn hun live ()

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails