Saturday, February 27, 2010

Thai Sita Aset Thaksin, Akan Berlaku Gangguan Besar?

Massa pendukung Thaksin Shinawatra

Thaksin Shinawatra memiliki sokonga di kawasan pedesaan Thailand

Thaksin Shinawatra

Thaksin Lambai tangan..

MAHKAMAH Agung Thailand mengarahkan kekayaan keluarga mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra senilai US$1.4 bilion perlu disita oleh negara. Mahkamah sepakat dengan jaksa bahawa aset senilai US$1.4 bilion dari total aset keluarga Thaksin sebesar US$2.3 bilion tersebut diperoleh secara ilegal kerana melibatkan benturan kepentingan ketika Thaksin menjawat sebagai perdana menteri.

Dana tersebut dibekukan setelah pemerintahan hasil pilihanraya umum pimpinan Thaksin digulingkan dalam rampas kuasa tentera pada tahun 2006. Thaksin, yang kini bermukim di luar negera, membantah dirinya bersalah. Masih belum jelas apakah sisa aset senilai US$900 juta akan dikembalikan kepada Thaksin.

Hakim Mahkamah Agung tersebut memerlukan waktu beberapa jam untuk mengeluarkan keputusan. Pegawai keamanan Thailand diperintahkan meningkatkan kewaspadaan, sementara ada tanggapan dari pihak pemerintah akan terjadi tindakan kekerasan oleh massa baju merah yang menyokong Thaksin jika keputusan tidak memihak pengusaha mantan PM tersebut.

Hakim menyatakan Thaksin menyusun perancangan mengenai komunikasi telefon bimbit dan satelit agar menguntungkan perusahaan-perusahaan milik keluarganya. Menurut hakim, Thaksin menyalahgunakan kekuasaan untuk menguntungkan perusahaan telekomunikasi Shin Corp, yang dia miliki masa itu, dan meraup kekayaan dari penjualan saham di perusahaan melalui "cara-cara yang tidak patut".

Hari penentuan

Hakim juga menolak argumentasi hukum peguam Thaksin bahawa komisi anti rasuah yang mendorong tuntutan hukum terhadap Thaksin tidak sah.

MOMEN THAKSIN

  • 2001: Terpilih menjadi PM
  • 19 Sept 2006: Tumbang dalam kudeta militer
  • 25 Sept 2006: Pembongkaran rasuah dimulai
  • 11 June 2007: Aset keluarga Thaksin dibekukan
  • 25 Aug 2008: Jaksa meminta mahkmah menyita aset yang dibekukan
  • 21 Oct 2008: Dihukum dua tahun kurungan in absentia dalam kes transaksi tanah.

Thaksin bercakap kepada massa penyokongnya melalui saluran video dari Dubai setelah keputusan dikeluarkan mahkamah. Dia sebelumnya mengatakan kepada mereka bahawa dia akan melanjutkan perjuangan politiknya untuk melawan "tentera elit-birokasi" yang megusir dia, dengan tanpa kekayaan keluarganya.

Dia mengatakan wang yang diperolehnya bersama keluarga didapat secara sah. Ketegangan di Thailand tetap tinggi. Pasukan tambahan berkekuatan puluhan ribu dikerahkan di dalam dan sekitar ibukota, dan di kawasan-kawasan di belahan timur laut Thailand tempat asal sebahagian penyokong Thaksin.

Hanya ada sekelompok kecil penyokong Thaksin di luar mahkamah. Front Persatuan untuk Demokrasi melawan Kediktatoran, yang mempelopori media baju merah, menyatakan mereka tidak berencana untuk mengadakan tunjuk perasaan hingga pertengahan Mac.

Media Thailand meramalkan akan terjadi gangguan besar sampai ke waktu yang mereka istilahkan "hari penentuan". (BBC/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails