Friday, March 19, 2010

10 Juta Saman TV3 Kerana Fitnah -Jurey Latiff

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR Jumaat Mac 19, 2010: BERNAMA melaporkan, Jurey Latiff, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dalam samannya yang difailkan pada 13 Januari 2009, mendakwa rancangan Melodi yang disiarkan di TV3 pada 21 Sept 2008 pada 12.30 tengah hari dengan pengacaranya Nas Ahmad telah menyiarkan perkataan fitnah mengenainya.

Menurutnya perkataan fitnah itu bermaksud beliau adalah seorang yang tidak bermoral, suami dan bapa yang tidak jujur dan tidak bermoral dan suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, mengabaikan isteri dan anak kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis sebaya dengan anak sulungnya.

Jurey Latiff berkata perkataan fitnah itu adalah palsu dan disiarkan dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit drama dan didedahkan kepada kebencian dan kehinaan. Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.

TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat. Ia berkata sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan.

Kes saman fitnah RM10 juta itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Jun ini. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Bernard Liew Kin Jong mewakili Jurey Latiff Mohd Rosli dan Ricky Wong bagi TV3.

Liew memberitahu wartawan bahawa mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak menyerahkan isu-isu yang dipersetujui dan ikatan nas undang-undang untuk dibicarakan kepada mahkamah. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails