Sunday, March 28, 2010

90 Aduan, 50,000 Kena Tipu, Kerajaan BN Tak Bertanggungjawab?

PENGGUNA
pix_gal0
Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu

MAC 28 10.KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu. Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan. Mohammad Redzuan dilaporkan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.

Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP. Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil. Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu., Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya kerajaan BN seolah-olah tak mampu mentadbir negara lagi. Puluhan tahun masalah ini timbul, sejak dari Pak Man Telo, Labu Peram, sehingga ke penipuan yang lebih canggih melibatkan ke peringkat antarabangsa, masih tidak dapat diatasi.. Jangan sampai ada yang menyangka mungkin kerana pemimpin dan rakan-rakan mereka turut terlibat menipu rakyat, menyebabkan kerajaan sengaja menggagalkan, atau tidak menemui formula penyelesaiannya.

Maaf, sekadar luahan pandangan, demi pembangunan minda rakyat Malaysia. Wallahu aklam.

3 comments:

tamingsari said...

Sebelum melabur pikirlah masak2. Dari dulu sampai sekarang macam2 skim penipuan dilancarkan. Bila rugi nak salahkan kerajaan. Kerajaan suruh melabur kt skim amanah yg dijamin yg gi melabur tak tentu pasal apahal. Sifat tamak.

Kerajaan takde keje lain asik nak ganti rugi pelaburan skim cepat senang. Macamtu beslah. Melabur sana sini bila rugi paksa kerajaan ganti.
Baik semua rakyat pakat2 mintak royalti minyak.

Anonymous said...

Pada pengetahuan saya ramai daripada kita telah memikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan penting terutamanya yang melibatkan duit yang banyak dan masa depan.

Seperti kes Hadhari Cattle Industries Sdn Bhd dan Hadhari Agrow Sdn Bhd agak berlainan dari segi pelaburannya. Apa yang dimaksudkan adalah kerana badan kerajaan terlibat secara tak langsung.

Kerajaan mengalakkan orang melayu berniaga menjadi usahawan berjaya. Promosi bersama yang djalankan antara Hadhari Cattle dan Tekun Nasional dan MARA pada peringkat awal membuatkan ramai oang melayu percaya disebaban suatu nama besar ada bersama dengan Hadhari.

Pak Lah bekas Perdana Menteri juga ada membuat lawatan ke gerai Hadhari semasa peringkat pengenalan suatu masa dulu di PWTC menjadikan pandangan umum lebih kuat untuk melabur bersama.

Lagi pun pada masa itu kerajaan sangat-sangat menggalakkn orang melayu menceburi bidang pertanian.

Tapi bila projek tidak berjalan semua orang yang terlibat mencuci tangan degan mudah sekali. Pihak Tekun, MARA semuanya mengelak dan melepaskan diri dengan alasan mereka tiada kena mengena dengan Hadhari Cattle sedangkan pada peringkat awal nama mereka terpampang di setiap promosi roadshow yang di buat pihak Hadhari.

Bila timbul masalah yang melibatkan wang, maka mereka-mereka tadi yang mendakwa hendak membangunkan orang-orang melayu supaya maju dan menjadi usahawan melayu berjaya terus hilang.

Hingga sekarang ini tidak ada suatu pihak pun yang dapat membantu usahawan-usahawanini untuk mendapatkan semula wang mereka. Pihak kerajaan BN pun langsung tidak dapat bebuat apa2.

Pihak SSM pun telah membuat serbuan pada Hadhari Cattle ini tapi belum tentu lagi wang tersebut dapat dikembalikan semula.

Bila keadaan ini timbul semua pihak termasuk pihak kerajaan akan menyalahkan orang melayu yang melabur ini dengn alasan tidak pandai fikir, nak kaya cepat, cara cepat untuk dapatkan duit, dan bermacam2 lagi alasan.

Dalam kes pelaburan Hadhari ni sebenanya kita hendak menjadi peniaga, penternak lembu dan hendak menjadi usahawan berjaya. Ini lah yang sebenarnya. Disamping itukita dapat menyahut seruan kerajaan supaya lebih ramai orang melayu berniaga. Bukannya macam skim cepat kaya tu.

Oleh itu harapan supaya pihak2 yang berkenaan mungkin juga pihak kerajaan atau pun Perdana Menteri kita sendiri Dato' Seri Najib dapat menyelesaikan masalah ini.

Kita bukannya nak minta kerajaan bayar balik duit tersebut. Sebenarnya kita nak kerajaan tekankan pihak Hadhari supaya memulangkan balik duit tersebut dengan segera.

Oleh itu diharapkan TAMINGSARI berfikir dengan lebih waras sebelum menulis untuk membuat komen.

Daripada,
USAHAWAN MALANG

Salim Hj Anang said...

salam tuan,

saya pernah terlibat dlm memodalkan wang ke dlm satu sykt berdaftar dgn SSM ( Rne System Holdings sdn Bhd ) pada hujung tahun 2004. wang modal sebanyak RM10,000.00 sbg Rakan Niaga
Kategori bisnes merupakan sebuah Mesin Vending Kiosk (Reload) yg berharga di antara RM5,000.00 hingga RM25,000.00 seunit.

Segala usaha awal berjalan lancar.Satu surat perjanjian telah dibuat,ditandatangani antara kedua belah pihak dan telah di setemkan di Pejabat Hasil Dalam Negeri.Masalah di sini hanya 3 bulan pertama sahaja bonus spt yg dijanjikan dapat.setalah itu habuk pun tiada.bermacam-macam alasan dan janji dibuat.

Sehingga sekarang saya tidak dapat apa2, masih sedih dan keliru kerana laporan polis dan mahkamah telah dibuat.walaupun segala bukti2 ada dilampirkan. Entah kemana hendak menujukan hal ini.sedangkan negara kita Malaysia ditadbir dengan Undang-undang.

Salim Anang
Twu, Sabah (013-8549949)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails