Saturday, March 13, 2010

Artis Ditahan Proses Dadah. "Alamak!" Otak Kambing..


KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan reman seorang pelakon lelaki yang pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik kerana disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain ketika serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Segambut di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, lelaki berusia awal 30-an itu, yang merupakan anak seorang pelakon wanita veteran, ditahan bersama teman wanitanya berumur 24 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

"Susulan dengan tangkapan itu, polis menyerbu rumah lelaki itu di kawasan Kepong dan menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000," katanya seperti yang difahamkan kepada Blog Ibnu Hasyim di sini, hari ini.

Chez Chiang berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. "Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu. Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual," katanya.

Katanya, pelakon dan teman wanitanya itu direman selama tujuh hari mulai hari ini. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Artis ditahan polis proses dadah. "Alamak!" Itu komen 'Senyum Kambing' Utusan Malaysia. Betullah kamu otak kambing! Difahamkan, sepanjang lima tahun ini, hampir 300 kes penyalahgunaan dadah membabitkan penggiat hiburan tanah air telah dilaporkan. Kerajaan BN patut bertanggung-jawab, fikir cara selesai.

Kalau tidak bertemu jalan selesai, kena kembali kepada penyelesaian menurut Islam. Tidak yakinkah dengan Islam sebagai sebaik-baik penyelesaian? Tidak yakin itulah punca tidak jumpa jalan selesai.. Ahli-ahli fikir kerajaan buat apa? Yang lain boleh, mengapa melalui Islam tidak boleh? Itu hanya dalih..

8 comments:

mr edz said...

betul kata wardina artis tak boleh dijadikan contoh/idola

Anonymous said...

x perlulah nak Tuding Jari Pada BN Saja... Kita yang Waras Ni Patut bekerjasama membantu kerajaan. bukan Mencari kesalahan... Y not u blame nabi or allah pasal dadah?? Jgn Cetekkan Minda Disebabkan Politik...

Anonymous said...

betul tu...otak sempit betul..skit2 salah BN aper daaa

ArtForAuction said...

memang slaah BN pon orang nie jual dadah...
dan salah BN jugak ada anak2 kena buang.
dan salah BN jugak la pakcik saya kene buang kerje sebab montng.
pastu saya jugak nak salahkan BN sebab jiran seblah rumah saya karaoke siang malam...
saya jugak nak salahkan BN kerana kucing saya cirit di ruang tamu.
Jom2...jangan undi BN di PR akan datang!!

Anonymous said...

stupid!!

Qaseh Bonda said...

Izzy Does it well...emm i like!

Mohd Azhar said...

Memang salah BN pun....BN memang salah....aku tak kira BN/UMNO memang salah selama ni..

Anonymous said...

woi mangkuk hayun semua! Hampa jangan jadi mangkuk tandas sama dengan penulis ni. Dia ni kalau berak tak puas pun...tetap salahkan BN/UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails