Sunday, March 14, 2010

Azean Irdawaty Tak Percaya Anaknya, Benjy Terlibat Dadah.

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini.

Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.

“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.

“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

Persatuan Seniman akan memberi sokongan moral kepada keluarga pelakon tersebut. Kes ini di luar bidang kuasa Seniman. Tetapi sementara itu, Presiden Seniman Harun Salim Bachik memberitahu, pihak Seniman akan mengambil tindakan susulan berhubung isu artis popular yang ditahan reman kelmarin. Dia tidak mahu dilihat sebagai menggalakkan perkara-perkara begini, kata Harun ketika dihubungi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai memberitahu pelakon ini mempunyai gaya hidup mewah, pernah memiliki sebuah kereta Porsche dan tinggal di sebuah penthouse kondominium mewah di Seri Hartamas.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kadang-kadang gaya hidup mewah boleh menjerumuskan seseorang ke lembah hina, lagi sesat. Bukan seniman sahaja, ada jenayah yang lebih buruk tetapi tidak boleh dibawa ke mahkamah, bahkan melibatkan wang yang lebih banyak, iaitu ADUN, atau MP yang lompat parti. Dikatakan ada satu ADUN dibayar sehinnga RM25 juta. Kini ramai MP-MP sudah dan sedang dalam proses akan melompat parti dengan membelakangkan harapan pengundi. Betul. tak betul.. tunggu dan lihat? Wallahu 'aklam.

Lihat sebelum ini...

1 comment:

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

akhirnya tamat riwayat seorang pengedar dadah yang gemuk......ambk syabu mmg r gmuk!!!apa la si azean duk backup ank gmuk sht xambk dadah...lg sikit r rmbut azean...ksian2..

March 13, 2010 11:11 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Ya ah...dapat RM25 juta vincent tan yang kasik..sapa tu?

March 13, 2010 11:16 PM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails