Guangzhou, China-10 Mac 2010:
BOLEH jadi kerana pesatnya industrii di Negeri Cina, kebelakangan ini membuat banyak kaum wanitanya berprofesion di pejabat. Sehingga sebahagian besar waktu yang mereka miliki dihabiskan untuk kerja. Kesannya tidak sedikit yang menjadi andartu dan tidak ada jodoh. Ini yang menakutkan gadis-gadis bujang ini. Mereka takut tiada jodoh dan tidak dipinang orang.
Apa yang mereka buat?
Mereka yang di gambar di atas, mula membuka pakaianya satu persatu. Tak kira, walaupun di tepi jalan dan ramai yang melhat tubuh mereka. Mereka menari pula bagi menarik perhatian.
Menari dengan setengah telanjang tetapi pakai topeng, menimbulkan kontroversi di Cina. Mereka menari dan berjoget di jalan dengan hanya pakai pakaian dalam pula. Tujuannnya untuk menarik minat mencari suami yang sesuai. 8 gadis itu mengatakan mereka lakukan itu kerana rasa tertekan oleh desakan keluarga mereka, supaya cepat dapat laki.
Lihat, ramai dah mula kerumun, berhenti dan menonton mereka. Apalagi mereka pun terus londehkan pakaian satu persatu lagi. Dah nak bogel terus, lalu menjerit-jerit, "Mari kahwin dengan aku! Mari kahwin dengan aku!
Waktu keluar rumah tadi, mereka sanggup rempuh cuaca yang tidak bersahabat dengan berpakaian lengkap atau seluar panjang. Muncul dari stasyen LRT bawah tanah di Guangzhou, daerah Guangdong, hanya mengenakan bra dan seluar dalam sahaja. Gadis-gadis ini menari sambil membagikan kertas berisi data diri mereka dan syarat-syarat lelaki yang mereka pilih untuk dinikahi. Demikian seperti yang dilaporkan Guangzhou Daily.
Mereka mulai menari sambil bawa spanduk bertuliskan "Mari kahwin dengan kami, cepat!". Mereka dah tak sabar lagi.
Mereka juga memegang papan bertuliskan, “Oi Pak We, mari kahwin dengan aku!", “Ibuku suruh aku kahwin cepat!" dan “Dah takde masa, jom cepat!". Dengan menyebut diri sebagai ‘Crazy Beauties’, gadis-gadis ini sengaja melakukan aksinya bertepatan dengan Hari Perempuan Internasional yang diperingati setiap 10 Mac.
Pemimpin organisasi perempuan Xing Zi mengatakan, “Kami merancang untuk menjadikan ini sebagai deklarasi. Hal ini untuk membuktikan bahawa kami mmepunyai cukup rasa percaya diri dan tekad!”
Salah seorang peserta itu, Xiao Xuan menambahkan, “Kami agak kami ini memang cantik tetapi tetap juga tidak jumpa Mr Rights. Umur kami juga sudah menjelang 30 tahun, oleh itu kami perlu buat sesuatu.”
Seorang lagi yang nama panggilan Ali Nerd mengatakan ibunya nyaris membuatnya gila. “Dia duduk merepek sepanjang hari dan desak saya kahwin segera. ” katanya.
Penampilan gadis-gadis ini menarik perhatian orang ramai. Mereka ramai-ramai menonton, bertepuk tangan, dan mengambil gambar dengan telefon bimbit. Tetapi nak buat macam mana? Gadis-gadis makin ramai, persaingan jodoh makin kuat. Bolehkah dengan main umpan-umpan nafsu sahaja? Apakah asas penting dalam perkahwinan? Kedewasaan emosi dan kecantikan rohaniah (inner beauty) juga perlu dipertimbang dan ditonjolkan! ... selain hanya kecantikan dan kemolekan fizikal semata. (Ref: Xinhua.net/Ruanghati.com dll/2MA)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Misteri jodoh, memang rahsia Ilahi. Kadang-kadang dapat, bukan yang kita cari, tetapi menjemput apa yang Allah beri. Itulah rezeki. Jodoh bagi wanita atau muslimat dilalui dengan 3 cara usaha...
Pertama: Usaha secara fizikal atau lahiriah. Iaitu mencari lelaki sholih yang layak menjadi suami. Mampu bukan saja mendampingi sebagai suami, tetapi juga mampu menjadi payung dan membimbing menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari. Dalam menempuh jalan pertama ini, bulatkan niat untuk mencari sosok lelaki idaman yang betul-betul akan membawa menuju kebahagiaan hakiki. Insya Allah, Allah akan membimbing ke arah jodoh itu, cepat atau lambat. Kerana dengan apa yang diniatkan, seseorang akan disusuli menuju takdirnya.
Kedua: Usaha berupa doa dan munajat. Allah berfirman, "Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku memang dekat. Aku akan mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” [QS. Al-Baqarah: 186]
Doa adalah senjata orang beriman. Jangan merasa bosan berdoa meski secara lahiriah doa itu belum makbul. Yakinlah, Allah mendengar apa yang kita minta. Tambahkan dengan pertingkatkan mutu sholat, banyak beribadah, berzikir, dan rajin baca Qur'an serta mempelajari Islam. Dekati menuju grup orang-orang sholih. Dalam grup itu seseorang akan diminati kerana kesholihannya, bukan seperti seperti dalam grup biasa diminatai kerana penampilannya.
Ingat, bahawa jodoh Allah itu kebanyakan akan dipertemukan sepasang manusia, yang sholih dengan yang sholih. Yang tidak sholih dengan yang tidak sholih. Kalau mahu mendapat suami yang baik, sholih dan berbudi, jadilah muslimah yang sholihah.
Sabda Rasulullah, ”Roh-roh itu bagaikan tentara-tentara yang berbaris. Siapa saja di antara mereka yang saling mengenal, akan saling mengakrabi. Dan siapa saja di antara mereka yang tidak saling mengenal, akan saling menjauhi.” [HR. Al-Bukhari dalam shahih-nya, kitab Al-Anbiyaa’, bab Roh-roh yang berbaris, hadits No. 2638]
Ketiga: Usaha dengan kesabaran dan ketabahan. Allah berfirman, ”Dan jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya…” [QS. Al-Baqarah: 45]
Kita perlu sedar, bila kita baik Allah akan perlakukan kita dengan baik. Bila kita bertawakal kepada Allah, maka dengan kesholihan dan ketaatan kita kepada Allah, niscaya Allah akan mencarikan jodoh yang sesuai dengan kita. Kadang-kadang bolehjadi lambat, kerana Allah sedang menguji kita. Allah sedang ’bertanya’, kita bersabar dan ikhlas ke tidak? ..dalam beribadah kepadaNya.
Cukup dulu komen kuliah setakat ini.. Wallahu 'aklam.
4 comments:
Saya percaya mesej yang hendak disampaikan boleh ditulis TANPA memaparkan gambar yg tidak tidak senonoh itu. Memaparkan gambar begini hukumnya HARAM... bahkan anda telah cuba menyiarkan sesuatu yg buruk, menggalakkan perbuatan tersebut. Wallahu'alam.
tah,aper nk jadik ngan awek2 cine nie...gla kt malaysia byk je laki2 yg baik dan yg boleh membimbing diorang nie..he3...kt sini laki2 asyik kene pandang hina,walaupn baik..
tah,aper nk jadik ngan awek2 cine nie...gla kt malaysia byk je laki2 yg baik dan yg boleh membimbing diorang nie..he3...kt sini laki2 asyik kene pandang hina,walaupn baik..
Ini le kesan makan daging babi..sifat malu dah hilang dalam diri..tu yang pengusaha makanan bukan islam di Malaysia cuba nak campur bahan-bahan dari babi dalam produk mereka supaya umat islam pun ikut perangai camtu..
Post a Comment