"Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.
"(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam," katanya.
Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor. Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu "menghina Islam".
Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan "prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri." Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari "pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam".
Pada khutbah Jumaat yang bertajuk "Isu Menghina Sebatan Syarie" yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.
Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi:
"Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .
"Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut".
Komen Blog Ibnu Hasyim: '..tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi..' Ini suatu kenyataan yang perlu dipertikai kerana bercanggah dengan hukum Islam seperti hudud dan lain-lain. JAIS pun melaksanakan 'hukum sebat' tidak mengikut peraturan Islam sepenuhnya. Tidak pamerkan 'sebat' sebagai mendidik masyarakat seperti yang digariskan agama.
Apalagi bila negara ini menolak perundangan Islam sepenuhnya, tidak mahu meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perlembagaan bagi negara... walaupun sebenarnya orang Islam berhak melaksanakan agamanya dalam negara sendiri, sebagaimana orang bukan Islam juga berhak melaksanakan agamanya dalam negara Islam. Bila tidak mahu ikut Islam sepenuhnya, maka beginilah jadinya! Masalah SIS pun sudah payah nak selesaikan!!
2 comments:
SIS mereng. Hang puleh p la macamana puak ni. Dok ketegaq pait macam tu lah.
sis kan perempuan... mana diorang dengar khutbah jumaat...
SIS ni terpengaruh dengan feminisme yang melampau... saya belajar women and law masa semester 4 dulu... saya rasa mereka boleh dikategorikan sebagai radical feminist... dia nak absolute equality among men and women.. but the problem is, macam mana nak equal sedangkan secara natural kita memang tak equal dengan diorang...
saya lebih menyokong cara wanita UMNO,yang lebih berbentuk liberal feminism... boleh dikatakan liberal feminist ni di antara orang2 yang bersyukur perempuan dah boleh kerja hebat2 dan bersaing dengan lelaki walaupun tak sama taraf... mereka acknowledge kelebihan yang ada oleh orang lelak...
dan saya sangat menyokong muslimah PAS yang tergolong dalam cultural faminist, dimana mereka menyambut baik diri mereka sebagai wanita dan menjadi penyokong orang lelaki dari belakang...
mungkin orang2 SIS tersilap pandang.. kita perlu berdakwah kepada mereka... itu tanggungjawab kita..sebagai lelaki muslim...
wallahu alam...
Post a Comment