Saturday, March 06, 2010

Disula Guna Batang Mop, Pun Ada Dalam Negara Merdeka..

Disula  guna batang mop

KL: myMetro hari ini melaporkan, dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini.

Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok.

Namun, kekejaman itu terbongkar apabila mangsa terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu untuk rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan, isteri dan keluarga Hasrul tidak mengetahui mangsa didera sehingga doktor di hospital berkenaan memberitahu mereka ketika cuba mendapat persetujuan untuk melakukan pembedahan terhadap anggota tentera itu. Hasrul yang berpangkat lans koperal dan tujuh tahun berkhidmat dalam angkatan tentera berkata, dia dibelasah sekiranya tidak patuh arahan kumpulan senior terbabit yang mengarahkan mereka mendapatkan makanan dan rokok.

“Jika sekali dua bolehlah, ini tidak, mereka suruh saya membekalkan makanan dan rokok kepada mereka setiap hari.

“Siapa sanggup dipergunakan sebegitu. Jika saya tidak patuh arahan, mereka akan membelasah saya dan rakan tanpa perikemanusiaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hasrul berkata, kumpulan terbabit mengetahui dia mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan rokok kerana isterinya tinggal di kem sama.

“Sebab itu saya dan rakan teruk dibelasah kumpulan terbabit. Saya berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Difahamkan, mangsa bukan saja lebam di seluruh badan akibat perbuatan senior terbabit, malah ususnya dikatakan turut pecah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca dan suspek kejadian terbabit.

“Kami (polis) menahan tujuh anggota tentera untuk membantu siasatan jam 1.30 petang tadi (semalam) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam negara yang merdeka dan berdaulat pun ada cerita begini. Dalam Kementerian Pertahanan sendiri pun tidak boleh bersikap adil dan saksama. Berentilah memimpin kerajaan wahai BN. Rakyat, cepat-cepat tolak BN dalam PRU akan datang.. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails