Wednesday, March 03, 2010

Isteri ‘jutawan’ Lebanon Dipaksa Lakukan Seks Depan ...

Dr. Elie Yousef Najem

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Isteri ‘jutawan’ rakyat Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem mendakwa dia pernah dipaksa ‘beraksi’ melakukan hubungan kelamin di hadapan kamera web bersama suaminya untuk dipertontonkan kepada rakan internet lelaki itu.

Farinnie Mohd. Farid, 24, turut memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, dia diliwat oleh Elie, 50, sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu selama mereka tinggal bersama dari Mei 2005 hingga Julai 2007.

Pada 2006, Elie menggemparkan negara apabila melahirkan hasratnya untuk menderma RM1 bilion kepada Majlis Kanser Negara bagi mendirikan Pusat Rawatan dan Penyelidikan Kanser Kanak-kanak Farinnie Ellie dan Makna.

Pada Januari lalu, Elie ditahan di sebuah hotel di ibu negara selepas dia dipercayai memiliki wang palsu dolar Amerika Syarikat AS$66M2 juta (RM225 juta).

Wanita itu selaku plaintif hadir memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes tuntutan cerai fasakh yang difailkan olehnya pada September tahun lalu terhadap Elie yang dinamakan sebagai defendan.

Dia yang kini bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah kolej mendakwa, dimaki hamun hampir setiap hari dengan pelbagai kata-kata kesat oleh suaminya selain menuduh kedua-dua anak mereka bukan anaknya.

Dipetik Utusan Malaysia, Farinnie, Elie juga pernah bertindak kasar dengan menarik rambutnya di khalayak ramai selepas kalah judi di Genting Highlands pada awal 2007.

Suaminya juga didakwa pernah menolak meja ke perut Farinnie ketika dia sedang hamil enam bulan anak sulung mereka.

Ditanya mengenai penganiayaan lain, Farinnie mendakwa didera secara seksual termasuk dipaksa melakukan hubungan kelamin dan diliwat ketika datang haid serta selepas pantang bersalin.

Menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan mengenai tindakan yang diambil selepas berlaku kejadian tersebut, Farinnie memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang laporan polis.

Alasannya, kata Farinnie, ketika tinggal bersama Elie di sebuah apartmen di Jalan Yap Kwan Seng, dia langsung tidak dibenarkan keluar dari rumah mereka kerana hanya lelaki itu yang memegang kunci rumah tersebut.

Bagaimanapun, ibu beranak dua itu berkata, dia pernah melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Ditanya mengenai perasaannya terhadap suami, Farinnie berkata, dia sangat takut dan tidak pernah tenteram apabila berhadapan dengan Elie.

Menurutnya, dia nekad melarikan diri dari rumah tersebut pada 30 Ogos 2007 ketika Elie sedang tidur dan tertinggal kunci di atas meja.

‘‘Sebenarnya saya dah banyak kali lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikapnya, tetapi saya kembali kepadanya apabila dia pujuk dan janji akan berubah sikap.

“Sebelum ini, saya menganggap perceraian adalah perkara terakhir yang akan saya pilih. Saya sentiasa berharap dia akan berubah,” katanya.

Ditanya mengenai sikap lelaki itu sebagai seorang Muslim, Farinnie mendakwa Elie bukan sahaja tidak pernah solat dan berpuasa malah turut menghalangnya mengerjakan ibadat berkenaan.

Katanya, Elie yang gemar berjudi dan minum arak pernah memanggil seorang Pastor Kristian ke rumah mereka untuk menjalankan upacara sembahyang sempena Hari Easter.

Farinnie juga mendakwa, Elie secara terbuka pernah memberitahunya bahawa dia kini bukan seorang Muslim tetapi beragama Kristian.

Elie yang sebelum ini disiasat kerana didakwa memiliki wang palsu RM220.6 juta (AS$66.02 juta) tidak hadir di mahkamah. Dia tidak diwakili peguam syarie.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh bersambung 7 dan 19 April ini. (The Malaysian Insider/AK)

5 comments:

Anonymous said...

Anak2 kita semua wajar dilatih supaya TIDAK MENGKAGUMI orang yg tidak berpegang kepada Quran dan Sunnah Rasul SAW.

Bila nak cari isteri atau suami, carilah orang yg beragama, insya Allah selamat.

Anonymous said...

tambah + berakhlak,bertanggungjawab,penyayang..agama jer tak cukup,sbb if ada agama tanpa amal pon tak jadi apa,sekadar bertopengkan agama...

saudara rantau said...

bukan tgk janta ja... tu musti tgk duit tu

last2 kena scam

Anonymous said...

yang aku herannya..dia kata mamat tu suruh pakai salib dan celeberate ester dah lama. tak tau ka kalau dah murtad, pernikahan pun terbatal... apa dia lama sangat nak lari

koberkat said...

tak guna punya mamat lebanon..tak sedar dah kaki ada sebatang...duduk negara orang nak menyusah orang..
koberkat.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails