Wednesday, March 10, 2010

Kahwin Bawah Umur -Nik Aziz.. Bagaimana Dengan Natrah?

Gambar Natrah, 2 dari kiri hadapan, gadis yang dikahwinkan di bawah umur kerana tidak mahu dirampas oleh keluarganya supaya kembali kepada agama bukan Islam.. lihat sejarahnya..

KOTA BHARU
: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu," katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

Nik Aziz berkata, beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana dengan kisah Natrah, berkahwin bawah umur demi kepentingan Islam? Bagaimana dengan perkahwinan Nabi dengan Aisyah?

Ada kaitan, sila lihat...

5 comments:

ryzam said...

berbalik pada context kes di Kelantan adakah perkahwinan itu sama context seperti perkahwinan Rasullulah?

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Cuba Ibu Hasyim amati betul2 apa yang TGNA kata dalam isi kandungannya itu.. kalau baca betul2 pasti Ibnu Hasyim takkan lontarkan soalan semacam ini...

Anonymous said...

Kes natrah itu dulu....sebelum rang undang-undang keluarga Islam dikuatkuasakan. Selepas rang undang-undang tersebut dikuatkuasakan, kini kita wajib turutinya demi kemaslahatan masyarakat Islam; iaitu had umur paling rendah untuk berkahwin bagi perempuan ialah 16 tahun.

Anonymous said...

Dalam kes natrah kita kalah sebab 1)natrah nikah awal sangat
2)natrah dibawa ke singapura. Kalau duduk terus di trgganu, undang2 inggeris tak laku di sana.

Sorry, kita kalah sebab kita tak TAHU UNDANG2 ORANG.

PELIK mcmna Hakim di Mahkamah Syariah Kelantan boleh beri izin nikah bawah umur?

Ibnu Hasyim said...

T.kasih atas komen anda. Al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails