Tuesday, March 30, 2010

Kamu Umur Panjangkah? 14 Tanda Kajian Terbaru Ini..

KESIHATAN

HENDAK tahu, panjangkah umur kamu? Berikut adalah hasil kajian terbaru mengenai tanda-tanda seseorang itu berumur panjang berdasarkan sains, ditambah tips bagaimana untuk tetap berada dalam sehat yang sebenarnya. Lebih kurang begini..

Ada 14 tanda-tanda..

Satu: Ibu kamu memiliki kamu ketika ia masih muda.

'Jika ia berumur di bawah 25, umur kamu mungkin dua kali ganda (dari 50) hingga 100 dibandingkan dengan seseorang yang lahir dari ibu berumur lebih tua', menurut pengkaji dari Universiti Chicago. Menurut mereka, ibu-ibu yang berumur muda memiliki sel telur keturuanan yang lebih sehat untuk beranak dan bercucu.

Dua: Kamu adalah pecinta teh.

Baik teh hijau atau hitam mengandungi doz konsentrasi tinggi dari yang dapat menolong darah menjadi rileks dan melindungi jantung kamu. Dalam sebuah studi pada lebih dari 40,500 lelaki dan wanita Jepun, mereka yang meminum 5 atau lebih cangkir teh hijau setiap hari, memiliki resiko lebih rendah untuk meninggal dunia akibat serangan jantung dan stroke. Studi lain yang melibatkan teh hitam juga menunjukkan hasil yang sama. Ingat, teh sahaja bukan pewarna, gula bersusu dan lain-lain.

Tiga: Suka berjalan kaki.

Orang yang berjalan 30 minit sehari, hidup lebih lama empat kali ganda dibandingkan dengan yang berjalan kurang dari itu. Hal yang serupa juga, wanita yang mengalami kelebihan berat badan boleh meningkatkan kesihatan jantung dengan menambahkan 10 minit berjalan dalam aktiviti harian. Berjalanlah semasa makan tengahari, menunggu anak sekolah, aktiviti kejiranan, sembahyang di surau dan contoh lain-lain.

Empat: Hindari soda.

Pakar-pakar di Boston telah menemukan kesimpulan, bahawa meminum satu atau lebih cola biasa atau mengambil soda diet setiap hari akan melipat gandakankan resiko dari sindrom metabolisme, seperti tekanan darah tinggi, kadar insulin yang naik, dan lemak yang berlebihan pada pinggang,
yang dapat meningkatkan kemungkinan penyakit jantung dan diabetes.

Lima: Kamu memiliki kaki-kaki yang kuat. Bahagian bawah tubuh yang kuat diterjemahkan menjadi keseimbangan yang baik, fleksibiliti, dan daya tahan.

Enam: Kamu yang memakan makanan berwarna ungu. Sedikit anggur, bluberi, anggur merah: warna padat dan kaya didapati dari polyphenols-senyawa. Ianya dapat mengurangi resiko serangan jantung dan juga dapat melindungi melawan penyakit Alzheimer. Demikian menurut penelitian terbaru.Polyphenols menolong untuk menjaga saluran darah dan arteri agar tetap fleksibel dan sehat.

"Apa yang baik untuk arteri kamu, juga baik untuk saluran darah pada otak kamu," ujar Robert Krikorian, PhA, direktur dari Cognitive Disorders Center UniversitiCincinnati.

Tujuh: Kamu dulu, adalah remaja yang memiliki berat badan sehat. Sebuah studi dari Journal of Pediatrics yang mengikuti 137 Afrika Amerika dari lahir hingga usia 28, menemukan bahawa kelebihan berat bada pada usia 14 tahun menaikkan resiko untuk mengembangkan diabetes tipe 2 di usia dewasa. Orang dewasa yang mengidap diabetes adalah dua hingga empat kali ganda lebih berkemungkinan mengembangkan penyakit jantung dibandingkan mereka yang tanpa keadaan begitu, menurut American Heart Association.

Lapan: Kamu tidak suka burger. Itu baik, kerana makan lebih dari 18 oz daging merah setiap minggu menaikkan resiko terkena kanser tipe ketiga yang paling sering terkena di tengah masyarakat, menurut laporan besar dari American Institute for Cancer Research.

Sembilan: Kamu pernah duduk di bangku kuliah. Sebuah studi terbaru dari Harvard Medical School menemukan, bahawa orang yang lebih dari 12 tahun mendapat pendidikan formal (bahkan jika itu hanya baru tahun pertama kuliah) hidup lebih lama 18 bulan daripada mereka yang memiliki tahun-tahun masa sekolah yang sedikit.

Mengapa? Semakin banyak pendidikan yang kamu miliki, semakin sedikit keinginan kamu untuk merokok. Faktanya, hanya sekitar 10 % orang dewasa ikuti kuliah merokok, dibandingkan dengan 35% yang memiliki pendidikan sampai menengah atas atau dibawahnya.

Sepuluh: Kamu betul-betul sukakan teman-teman. "Hubungan interpersonal yang baik menjadikan kamu sebagai penyanggah melawan stress," ujar Micah Sadigh, PhD, seorang associate professor psikologi di Cedar Crest College. Mengetahui, kamu memiliki orang-orang yang menyokong kamu, menjaga supaya tetap sehat, mental dan fizikal. "Kamu perlu teman-teman yang kamu bercakap tanpa dihakimi atau dikritik," ujar Sadigh.

Sebelas: Dan mereka juga sihat. Jika teman terdekat kamu menambah berat badan lebih, kemungkinan kamu melakukan hal yang sama dapat meningkat 57%, menurut sebuah studi pada New England of Journal of Medicine. "Untuk mengelola gaya hidup sihat, adalah penting untuk berhubungan dengan orang-orang memiliki gol yang sama," ujar Nicholas A. Christakis, MD, PhD, pemimpin riset ini. Bergabunglah dengan kelompok pengurang berat badan, atau berlatih dengan seorang teman untuk jalan amal.

Duabelas: Kamu akan berjumpa dengan cabaran-cabaran baru. Orang yang menjumpai dirinya, adalah orang yang boleh berdisiplin sendiri, Seseorang yang organize hidup lebih lama dan memiliki resiko 89%, lebih rendah untuk pengembangan Alzheimer, dibandingkan engan yang kurang teliti, menurut dua studi. Ketika kamu baik dan jaya semasa kamu memusatkan perhatian kamu, kamu guna lebih kekuatan otak, ujar pemimpin kajian dari kedua studi tersebut.

Mereka ialah, Robert S. Wilson, PhD, seorang professor sains neurologikal dan psikologi pada Rush University Medical Center di Chicago. Sediakan gol-gol personal atau cabaran diri, untuk mencapainya dalam waktu yang ditentukan. Juga, cobalah hal-hal baru untuk merangsang otakmu. Jika kamu membaca fiksyen, cubalah sesekali membaca otobiografi. Di hari selanjutnya, cubalah untuk mengingat tiga fakta yang kamu pelajari dari bacaan tersebut.

Tigabelas: Kamu tidak ada pengurus rumah tangga. Hanya dengan mengvakum, mencuci lantai, atau melap tingkap untuk lebih dari setengah jam, rata-rata setiap orang boleh membakar sekitar 285 kalori, menurunkan resiko kematian 30%, menurut sebuah hasil studi dari 302 orang dewasa di usia 70 dan 80an.

Empatbelas: Kamu adalah penceria, atau di tempat kita, guru yang mengajar agama. Mereka memiliki pandangan positif dalam hidup, sebuah kepekaan akan tujuan dan komuniti. Juga lebih sihat dari 'para pengeluh', sekitar 10% dari orang dewasa yang merasa tidak baik mengenai diri mereka sendiri. Kebanyakan dari kita berada di tengahnya. "Kita akan berjuang untuk berkembang, mencari makna dalam kehidupan kita," ujar Corey Keyes, PhD, seorang profesor sosiologi pada Universitas Emory.

"Di Sardinia dan Okinawa, dimana orang hidup lebih lama, bekerja keras adalah penting, tetapi tidak lebih penting dari menghabiskan waktu bersama keluarga, menyirami spiritual, dan melakukan sesuatu untuk orang lain.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Maka rugilah jika umur kita panjang tetapi tidak dimanfaatkan. Susah, hilang dengan senang.. jahil lenyap dengan tahu, sakit hapus dengan sihat dan gelap berganti gemerlap. Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya,

(1) pada perkara apakah ia habiskan,

(2)dan ilmunya untuk apakah ia gunakan,

(3)dan harta bendanya dari manakah ia peroleh

(4) dan pada apakah ia belanjakan,

(5) dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan: Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah al-Ankabut, ayat 64)

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia?

Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan.

Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia?

Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Surah al-‘Araaf, ayat 34)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu sambil merayu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini, kami akan mengerjakan amal soleh yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan.

Lalu Allah menempelak mereka, bukankah Kami sudah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula sudah didatangi oleh Rasul Kami yang memberi amaran. Oleh itu, rasalah azab seksa kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”

Sekian, wallhu aklam. (IH)

2 comments:

Hisyamuddin Che Ali said...

Bagus artikel ini. Mohon sahabat utk link kan blog saya :http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Ibnu Hasyim said...

Boleh alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails