Friday, March 05, 2010

Kes Wartawan Al-Islam, Ada Kaitan Dengan Murtad Di Gereja..

Atas: Gambar pesakit-pesakit Islam di gereja..



PEGUAMNegara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan tindakan pihaknya yang tidak mendakwa dua wartawan majalah Al-Islam berhubung kes menyamar sebagai penganut Katolik. Laporan dari Malaysiakini.Com hari ini.

“Tindakan kedua-dua wartawan itu mungkin melukai perasaan orang ramai tetapi saya berpuas hati mereka tidak berniat jahat,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dihantar lewat semalam kepada Malaysiakini.

“Justeru, berdasarkan keadaan ketika itu dan atas kepentingan keadilan, keamanan dan keharmonian, saya memutuskan untuk tidak mendakwa mereka.”

Menurut Gani, kedua-dua wartawan berkenaan juga tidak mengakibatkan sebarang gangguan ketika menyamar sebagai penganut agama Kristian di gereja St Anthony di Puduraya.

“Hakikatnya, tiada sesiapa di gereja berkenaan yang menyedari kedua-dua mereka berbangsa Melayu. Di gereja, mereka diberi makan roti putih oleh paderi dan mereka membawa roti itu ke pejabat. Mereka juga tidak tahu mengenai implikasi roti berkenaan.” Keadaan hanya disedari selepas sebuah rencana mengenai perkara itu disiarkan dalam Al-Islam keluaran Mei tahun lalu dengan tajuk “Tinjauan Al-Islam dalam gereja: Mencari kesahihan Melayu murtad.”

Selain membuat penyiasatan berhubung orang Melayu yang murtad, rencana itu juga bagi meninjau sejauh mana kalimah Allah digunakan oleh agama lain.

Dalam pada itu, Paderi Besar Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam menuntut penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa atas kegagalan mereka bertindak. "Saya merayu kepada peguam negara untuk menjelaskan secara terperinci keputusannya untuk tindak bertindak ke atas kes itu,” kata Pakiam pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur.

"Keputusan tidak mendakwa itu seolah-olah menghalalkan tindakan wartawan Al-Islam itu.” Bagaiamapun Pakiam berkata, beliau yakin masyarkat Katolik akan berpuas hati jika wartawan berkenaan dan penerbitnya mengambil keputusan untuk memohon maaf.

Sila lihat ini ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails