Saturday, March 13, 2010

Lagi! Gitaris Kumpulan Rock Ditahan Positif Dadah

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA Sabtu Mac 13, 2010 : Belum selesai kes seorang pelakon ditahan reman kerana terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, timbul pula kes seorang lagi selebriti, gitaris kumpulan rock ditahan reman pada pagi Sabtu.

Lelaki itu ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dan ganja di sebuah rumah di Flora Damansara, di sini setelah disahkan positif saringan awal ujian air kencing.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sini, Deputi Supritendan Maimunah Abu Bakar, gitaris itu ditahan oleh penduduk ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di situ.

“Selepas dia ditahan, dia terus dibawa ke Balai Polis Damansara. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Setakat ini, dia mungkin ditahan selama tiga hari dan segala keputusan bergantung kepada pihak mahkamah.

“Selain melakukan soal siasat, kami juga sedang menunggu keputusan ujian air kencing dari pihak hospital,” katanya ketika dihubungi oleh mStar Online.

Lihat sebelum ini...

No comments:

Post a Comment