Wednesday, March 31, 2010

Mencari Wanita Pengebom 39 Korban. Apa Puncanya?

Peristiwa terjadi.. Gambar dari laman web berita Life.ru menyiarkan kepala kedua-dua mayat wanita...

Рассекречены фото террористок-смертниц
Фото вагона метро через 5 мин после взрыва
Саперы разминировали авто милиции в Москве
Родные опознали жертв терактов в метро

MOSCOW - Polis Rusia semalam mencari petunjuk dari Caucasus Utara yang merupakan wilayah yang didiami ramai penduduk Muslim berhubung identiti dua pengebom berani mati wanita yang membunuh 39 orang di dua stesen tren bawah tanah di sini kelmarin.

Akhbar Kommersant memetik beberapa sumber yang melaporkan bahawa kemungkinan operasi ketenteraan di Caucasus Utara oleh tentera Rusia yang membunuh seorang militan kanan sebagai punca serangan balas dendam tersebut dilakukan.

Cuma beberapa anggota tubuh pengebom yang ditemui selepas kedua-duanya meletupkan diri dengan bahan letupan pada badan masing-masing di dua buah tren berasingan.

Laman web berita Life.ru menyiarkan kepala kedua-dua mayat wanita yang kini menjadi siasatan utama polis. (lihat gambar di atas)

Ia melaporkan letupan pertama di dalam sebuah tren di stesen Lubyanka amat kuat sehingga menyebabkan cuma kepala dan kaki pengebom yang ditemui.

Letupan kedua yang berlaku di stesen Park Kultury di sini kurang kuat.

Sumber-sumber keselamatan menyatakan kedua-dua wanita itu menaiki sebuah tren bersama-sama pagi kelmarin di stesen Yugo-Zapadnaya.

Menurut akhbar Kommersant, mereka ditemani dua wanita dan seorang lelaki di stesen berkenaan. Akhbar itu melaporkan bahawa sebahagian pakaian dua pengebom itu ditemui dengan salah seorangnya memakai seluar panjang hitam dan seorang lagi skirt berwarna sama.

Menurut akhbar Kommersant, tidak ada sebarang dokumen ditemui tetapi sekeping tiket dijumpai yang menunjukkan salah seorang pengebom tersebut menaiki tren di stesen Yugo-Zapadnaya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim:Mengapa hanya laporkan yang berlaku tetapi tidak laporkan sebab berlaku? Punca berlaku. Bukan lihat penyakit sahaja, lihat juga punca berlaku penyakit, baru senang diubati.. Bukan baca berita sahaja, tetapi tafsirlah berita ini... (2MA)

Ada kena mengena..

Sedutan dari




No comments:

Post a Comment