Thursday, March 25, 2010

Mesin X- ray Bogelkan Wanita -Bagaimana Dlm Islam?




http://selangor2u.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/laughing-monkey.gif
LONDON: Seorang anggota keselamatan di Lapangan terbang Heathrow disoal siasat selepas merakam gambar bogel rakan sekerjanya menggunakan alat pengimbas antipengganas, semalam.

Jo Margetson, 29, membuat aduan kepada polis selepas John Laker, 25, mengambil gambarnya menggunakan mesin x-ray khas itu sebelum membuat kenyataan lucah: “Saya benar-benar sukakan payu dara kamu yang besar itu.” Jo memasuki ruang imbasan x-ray itu secara tidak sengaja dan ketakutan apabila Laker menekan punat mengambil imej yang terpapar di mesin berkenaan.

Laker berdepan kemungkinan dipecat jika didapati bersalah. Dia juga menjadi kakitangan lapangan terbang pertama didapati menyalahgunakan alat kontroversi itu. Mesin pengimbas khas itu dipasang selepas seorang lelaki ditahan kerana cuba meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya, tahun lalu. -Agensi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sementara itu, ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hukum agama berhubung isu bogel. "Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. Demikian menurut sumber berita Agensi Mac4 2010.

Menurut sumber yang sama pada Februari lepas di Washington, Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut. (2MA)

Sila lihat lanjut...

No comments:

Post a Comment