Friday, March 26, 2010

Mesir, Buku Ahmad Deedat Dilarang Cetak Semula.


Syaikh Ahmad Deedat

JUMAAT Mac26, 10: SEBUAH laporan menyebutkan bahawa akademi kajian Islam Majma Buhuts Islamiyah Al-Azhar, menolak peredaran dan cetak kembali buku-buku karya Syaikh Ahmad Deedat, yang terkenal dengan dialog perdebatannya melawan uskup di Afrika Selatan pada era tahun 80-an lalu. Buku-buku Syaikh Ahmad Deedat terkenal hampir di seluruh dunia.

Menurut laporan tersebut, penolakan edarcetak buku itu ditandatangani oleh ketua pengarah akademi kajian Islam, dan salinan surat tolak-larang itu dikirim juga ke mahkamah keamanan negara. Dalam isi suratnya itu Majma Buhuts Islamiyah Al-Azhar menyatakan..

"Dilarang menerbitkan kembali buku karya Ahmad Deedat yang dulu diterbitkan di Afrika Selatan, tidak boleh diterbitkan lagi di Mesir, kerana buku-bukunya mengangkat isu-isu 'sensitif' dan 'kontroversial' di negera ini." Kebanyakan buku-buku karya Ahmad Deedat dikatakan 'menyerang' keyakinan orang Kristian, seperti dilaporkan surat khabar Al Misri Al-Yaum.

Menurut laporan, akademi tersebut menganggap argumen-argumen Ahmad Deedat di dalam buku-bukunya dari sudut pandang Al-Quran, adalah argumen yang lemah dan kebanyakan buku-bukunya dapat membuat umat Kristian tersinggung. Dan untuk mencegah timbulnya kesan dari buku-buku Ahmad Deedat itu, maka buku-buku tersebut dilarang diterbitkan lagi.

Laporan juga menunjukkan bahawa orang beriman terhadap Quran lalu yakin sepenuh hati dengannya, telah dapat membuktikan kembali dengan dalil-dalil dari buku "Deedat" itu berdasarkan metode Islam membongkar faham Kristian, dengan perdebatan teks-teks Al-quran.

Buku-buku Ahmad Deedat dan sekitar 100 buku lain dari buku-buku Ikhwanul Muslimin telah diserahkan atas nama 'keamanan negara' kepada Al-Azhar untuk diminta pendapat serta hukum salah-benarnya. Hal ini dilakukan dalam usaha kerajaan menapis buku-buku Islam yang kononnya dapat memicu pemahaman radikal.

Dalam konteks yang sama, laporan surat kabar Al-Misri Al-Yaum menekankan bahawa buku-buku yang disita oleh pegawai keamanan negara dan penahanan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin yang 'menentang rejim Mesir' melalui buku-buku yang disita, tidakpun ditemui kesalahannya samada bertentangan dengan agama atau keimanan.

Bahkan buku terkenal karya salah seorang mantan Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin Syaikh Musthafa Masyur berjudul "Al-Islam Huwal Hal" (Islam adalah Solusi), telah dianggap sebuah slogan mengancam negara dan perundangan, kini masih dalam penelitian akademi itu. Menurut laporan itu lagi buku tersebut jelas sama sekali tidak ditemui kesalahan terhadap undang-undang atau ideologi negara. (2MA)

3 comments:

Anonymous said...

Saya percaya bukan Ahmad Deedat yang mencabar orang kristian tetapi mereka yang menjemput beliau berdebat. dan apabila dah goyah keimanan mereka nak diband pulak?! Bodoh sungguh..

kasmaini said...

saya pernah membaca buka beliau dan saya sungguh kagum dengan debatnya dengan orang Kristen

kasmaini said...

saya pernah membaca buka beliau dan saya sungguh kagum dengan debatnya dengan orang Kristen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails