Wednesday, March 17, 2010

MPSJ Sita Premis Jual Gajet Seks -T/Kasih

Terkini
Zainal memeriksa pelbagai jenis gajet seks dan ubat tenaga batin yang diragui dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.

Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.

Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah. (Kosmo! Online)

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini menyita sebuah premis di pusat membeli belah The Summit di Subang Jaya yang memohon lesen jual alat kesihatan tetapi didapati menjual gajet seks.

Turut dirampas gajet seks bernilai anggaran RM20,000. Setiausaha MPSJ Slamat Hamzah berkata serbuan tersebut dilakukan pada 1.30 petang ekoran aduan orang ramai.

"Pemilik premis tersebut baru sahaja memohon lesen untuk menjual alatan kesihatan dan setelah diluluskan oleh pihak MPSJ dan ubahsuai premis, ia mula menjual gajet seks sejak hujung bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya pemilik premis itu dikenakan kompaun maksimum RM1,000 kerana kesalahan melanggar syarat lesen perniagaan.

Slamat berkata MPSJ juga menyiasat satu lagi premis di pusat membeli belah Sunway Pyramid yang dibuka dengan lesen kedai serbaneka dan mendapati ia hanya menjual kondom dan cenderamata. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terima kasih dan tahniah MPSJ..

3 comments:

Tok Likong said...

kalu x silap lum ni tuan ada tulis pasal ni...cepat tindakan MPSJ..TAHNIAH...peminat blog tuan tu...heheehe

Anonymous said...

Bersama2 kita pantau negara ini supaya jauh dari mungkar...dan laporkan di internet...

Ibnu Hasyim said...

T.kasih. Sama-sama kita bongkar. Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails