Saturday, March 27, 2010

Mursyidul Am Nik Aziz: Sedia Melepaskan Jawatan..

"Saya mujur benar, kalu tak beri tugas kepada saya..."

MAC 26,10. TV9: SELEPAS 23 tahun lebih memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu. Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru. Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam parti itu.

"Saya mujur benar.. saya mujur benar, kalau tak beri tugas kepada saya. Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. Demikian dari TV9.

Ulasan Web Greenboc: Demikian merendah diri dan tawadhu' seorang yang bergelar TuanGuru. Nada sedih juga dapat dihidu dari kenyataan TGNA tersebut. Yang gila jawatan sudah boleh tonjol diri... terutama yang galak meminda perlembagaan PAS semata-mata nak menepis keluar TGNA dan yang tak sabar-sabar nakkan pemimpin kesukaan mereka memegang jawatan Mursyidul Am setelah dilihat TGNA menjadi batu penghalang untuk mereka menjayakan misi dan visi mereka selama ini. Berkilas ikan di air kita tahu jantan betinanya. InsyaAllah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Saya mujur benar, kalau tak beri tugas (Mursyidul Am) kepada saya..." Kata Tok guru Nik Aziz ...'tak beri', ertinya tidak diberi atau tidak dilantik semula ke jawatan Mursyidul Am, sedangkan beliau masih boleh jadi Menteri Besar Kelantan. Apakah ini membuktikan berkocaknya gelombang air kopi di dalam cawan PAS?

Apakah beliau perlu dilantik semula selepas ini? Mengapa tidak diumumkan siapa yang empat lagi itu? Mengapa Ustaz Ahmad Awang tercicir dari jemputan ke mesyuarat tersebut sedangkan belaiu masih ahli Majlis Syura? Apakah Tok Guru Nik Aziz perlu turun pangkat dan dicalonkan sebagai Presiden di masa akan datang?

Harap maaf kalau tersalah cakap. Moga-moga baik, adanya... Allahu aklam.


(IH)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Lumrah 'alam. Bila berada di kemuncak kejayaan ramailah yang berebut-rebut menonjol diri. Ingat bila Pas adalah 'Pariah Politik' dua dekad lalu cuma mereka yang ikhlas dan tidak berkepentingan diri sahaja yang tampil sebagai pejuang.Wal-LAHu a'alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails