Sunday, March 14, 2010

Muslimah Mahu Bunuh Kartunis Hina Nabi.. Wajar


WASHINGTON 13 Mac - Pihak berkuasa di Ireland sedang menyiasat seorang lagi wanita Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki terlibat dalam satu komplot antarabangsa untuk membunuh seorang kartunis Sweden kerana menghina Nabi Muhammad SAW.

Seorang wanita dari Colorado, Jamie Paulin-Ramirez, 31, adalah antara tujuh orang yang ditahan di Ireland pada Selasa lalu, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ) di laman webnya semalam.

Polis Ireland berkata, mereka ditangkap berhubung komplot untuk membunuh kartunis Sweden, Lars Vilk kerana melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dengan badan seekor anjing.

Jabatan Negara AS pada Selasa lalu mengumumkan, pihaknya mendakwa seorang wanita dari Pennsylvania, Colleen LaRose yang menggunakan nama-nama samaran 'Fatima LaRose' dan 'JihadJane' atas tuduhan berkomplot untuk membunuh seorang lelaki Sweden.

Menurut WSJ, antara suspek yang ditahan di Ireland ialah seorang lelaki Algeria yang menjadi orang utama dihubungi oleh LaRose.

Satu sumber mendedahkan lelaki tersebut menjalin hubungan dengan Paulin-Ramirez, lapor akhbar itu.

Suspek yang ditangkap di Ireland termasuk dua lagi warga Algeria, seorang rakyat Croatia, seorang dari Palestin dan seorang warga Libya.

Hampir setahun lalu, Paulin-Ramirez mengumumkan dia sudah memeluk agama Islam dan pada 11 September tahun lepas, dia meninggalkan rumahnya di pekan Leadville, Colorado untuk mengahwini seorang lelaki Islam di New York yang dihubunginya menerusi laman web, menurut WSJ.

Akhbar itu menemu bual ibu Paulin-Ramirez, Christine Holcomb di Colorado. "Saya marah dengan dia sekarang, saya rasa macam hendak mencekik dia. Namun saya juga risau mengenai dirinya, saya sayang dengan anak saya," kata Holcomb.

Sementara itu di Dublin, Ireland, tiga daripada tujuh suspek yang ditahan berhubung komplot bunuh itu dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.

Dua wanita dan seorang lelaki itu dibebaskan selepas disoal siasat selama lebih tiga hari, manakala tiga lelaki dan seorang wanita masih ditahan, menurut polis Ireland semalam. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Samada betul atau tidak berita ini, di dalam Islam mesti ada orang yang membela kebenaran sewaktu Allah dan Rasulnya dihina. Maruah agamanya dicabar. Umat Islam tidak dayus. Apabila melihat suatu mungkar, apalagi dalam membela maruah Islam, hendaklah merubah 'dengan tangan' atau kekuasaan. Kalau tak boleh juga, perlu 'dengan mulut', dakwah, demontrasi dan lain-lain. Tak boleh juga, tanda teruk sangat, baru 'dengan hati', itupun termasuk dalam golongan yang paling 'lemah iman'nya.

Mereka yang cuba membunuh pelukis kartun penghina Nabi SAW adalah menunaikan hak Allah SWT dan Rasulnya. Pernah terjadi di India sebelum tercetus pergaduhan umat Islam berpisah dari India menjadi Pakistan, seorang anak muda dari Pesyawar dari utara, menyeludup masuk mahkamah India di selatan, membunuh penghina Nabi depan hakim dalam mahkamah dengan pisau belatinya, cuma sekali rembat sahaja..

Mangsa terbongkang jatuh. Tapi dia tidak lari, dia menyerah diri sambil berkata, 'Inilah hukuman kepada orang yang menghina Nabi orang Islam terang-terangan (mencabar Islam dalam mahkamah bukan Islam dengan hujah liarnya), hujah-hujah ilmiah sudah tidak berguna lagi.. Nah, hukumlah!" Akhirnya beliau itu dihukum mati secara bersembunyi.

Tetapi mayitnya dicuri oleh orang Islam, diarak, dan dijulang sebagai 'As-syahid', akhirnya ditanam di perkuburan Islam. Menyebabkan bertambah bencinya orang Islam kepada penjajah Inggeris di Jndia waktu itu. Begitu juga dengan kes hina Nabi oleh Salman Rushdie, sehingga ditawarkan kepalanya dengan sejumlah wang oleh pemimpin revolusi Iran. Menghina kepercayaan Allah dan Rasul orang Islam, suatu jenayah besar yang perlu dihindari kalau ingin wujudkan toleransi beragama, walaupun di dalam negara bukan Islam sekalipun.

Itu bukan fanatik atau ekstrem. Itu jugalah yang dilakukan oleh AS kepada penghina negaranya walaupun penghina itu berada di luar AS, bahkan bukan rakyatnya. Apa lagi kalau yang sudah dilebelkan pengganas, walaupun sebenarnya penentang itu bukan pengganas, yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah telus. (2MA)

Lampiran: 3,000 bantah karikatur hina Nabi

OSLO – Kira-kira 3,000 penganut Islam mengadakan demonstrasi di bandar raya Oslo, Norway untuk membantah penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad dalam akhbar The Dagbladet.

Penunjuk perasaan berhimpun sambil menaikkan sepanduk mengecam tindakan biadab akhbar berkenaan.

Pada 3 Februari lalu, The Dagbladet menyiarkan lukisan kartun Nabi Muhammad yang digambarkan sebagai babi sambil memijak Al-Quran. (Lagi gambar dibawah)

Karikatur itu dilakarkan untuk menjelaskan satu artikel mengenai laman Facebook polis Norway.

Pautan itu kemudian disiarkan dalam laman Facebook oleh seorang pengguna sebelum dipadamkan polis.

Pertubuhan-pertubuhan utama Islam di Norway mengarahkan ahli masing-masing supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.

“Menurut anggaran kami, lebih 3,000 penunjuk perasaan menyertai bantahan itu.

“Segalanya lancar. Orang ramai dapat disuraikan dan tiada kekacauan berlaku,” kata jurucakap polis, Kari Huseby.

Muhammad cartoon protest Oslo 248079

Muhammad cartoon protest Oslo 248083

Muhammad cartoon protest Oslo 248086

No comments:

Post a Comment