Monday, March 08, 2010
Nik Aziz Rendahkan Golongan Agama.. Menteri JPM
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.
Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu. "Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen Umno?
"Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan Umno. Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik.
"Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir. Dalam kenyataannya semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sebagai mufti Tan Sri Harussani Zakaria seharusnya berpandangan Islam dan politik perlu selari dan bukannya mengeluarkan kenyataan mengikut pendapat Umno yang didakwanya memisahkan kedua-dua perkara itu.
Mengulas mengenai perkara berlainan, Jamil Khir berkata pihaknya sedang meneliti skim yang lebih baik termasuk menaikkan elaun guru-guru Kafa di negara ini. "Skim baru itu kita sedang teliti, masih pada peringkat perbincangan dan ianya akan turut meliputi kenaikan elaun guru Kafa yang ketika ini hanya RM500 sebulan, " katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan Tok guru rendahkan mufti atau golongan agama, tetapi golongan agama sendiri memang rendah nilai dan kuasanya dalam sebuah negara sekular saperti Malaysia, berbanding dengan kuasa pemimpin politik. Sebab itu mufti boleh menjadi alat kepada parti politik yang memerintah.
Soal pelantikannya Mufti diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.. jawatan Menteri Besar negeri seperti Kelantan pun diperkenankan oleh Raja-raja Melayu juga, takkan menteri JPM tak tahu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Jamil Khir sendiri merendahkan martabat dirinya sebagai golongan yg memepunyai pengetahuan agama.
Harap cerminkan diri sendiri.
Jamil Khir nmpknya dah mula menyerang...
Tinggalkan UMNO tu...yg semakin senget dgn rasuah..
siapa yang sebenarnya menjadi dalang sehingga golongan ulama hari ini dipandang sebegini rupa?
siapa yg berjuang untuk dapat pangkat, kedudukan dunia, harta...maka ia akan dapat...tapi semuanya kesenangan yg menipudaya.
Berjuanglah untuk memenangkan Islam kerana Allah wlpun tak dpt apa2.... Lwn ttp lwn.
saya penyokong PAS dan insyaAllah akan terus sokong PAS tapi maaf, kurang setuju dengan pandangan tuan guru kali ini.
mufti besar perak juga orang yang alim, jangan direndahkan kedudukannya dan kata dia ejen UMNO sebab takut2 kata2 itu menimbulkan fitnah. kita tahu ke dia ejen UMNO. Bila tok Guru cakap macam tu, maka ramailah orang bawahan yang menyambung cakap. Padahal kita tak tahu pun. Kalau betul pun, hukumnya jatuh mengumpat. Padahal kita tak pernah jumpa dia pun. Tidakkah kita takut pada hukum fitnah dan umpat ?
Masing2 alim dalam ijtihad berbeza, maka jagalah silaturrahim. Ingatlah, Ali r.a dan Aisyah r.a pun berbeza pendapat sedang keduanya ahli syurga.
Jamil Khir dan Harussani berada dalam jawatan, tidak bermakna orang UMNO.
Kita bertungkus lumus mencari titik persamaan dengan DAP yang sudah sah tidak beriman, tapi langsung tak mahu bertolak ansur untuk mencari titik persamaan dgn sesama orang islam, alim pulak tu.
Pelik sungguh dunia akhir zaman, bila sama2 islam, kita tak habis2 cari titik perbezaan. Tak boleh beza sikit, marah.
Seperti orang yang beriman yang selalu bermuhasabah dan tidak melenting setiap kali ditegur, PAS juga perlu muhasabah, rendahkan diri, ingat, kadang2 kita pun mungkin salah. Tidak semestinya kita sentiasa betul.
Saya yang menyokong mahu pada islam, bukan pada menang ! Biar kalah didunia tuan guru, jangan sampai kita redha pada orang bukan islam dan bermusuh sesama islam sampai menimbulkan kemurkaan Allah swt. Biar tak menang di dunia, asal menang di akhirat.
Post a Comment