Monday, March 29, 2010

Nik Aziz Tersingkir Angkara Politiking Mustafa Ali?


Isnin Mac 29, 2010

Berita mstar online: Nik Aziz Bukan Lagi Mursyidul Am PAS Sejak 3 Bulan Lalu

PETALING JAYA: Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti. Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat semalam."Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu. Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.

"Ia juga sejarah bagi parti apabila wakil Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda turut dilantik sebagai ahli dalam majlis syura yang merupakan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.

“Sebelum ini, anggota majlis hanya di kalangan ulama dan ahli jawatankuasa pusat," jelasnya.

Selain itu, bilangan anggota majlis juga ditambah dari 15 kepada 17 orang. Mohd. Khairol berkata, Majlis Syura terdiri daripada empat anggota jawatankuasa pusat, empat ulama dari jawatankuasa pusat, empat dari Dewan Pemuda dan empat ahli Dewan Muslimat.

Dewan Ulama sebelum ini memilih semula Nik Aziz dan Haron sebagai anggota Majlis Syura. "12 ahli baru telah bermesyuarat Isnin lalu dan telah melantik lima lagi anggota baru," ujarnya. Kesemua anggota majlis bermesyuarat hari ini untuk memilih Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan setiausaha.

Sementara itu, Nik Aziz memberitahu, beliau tidak kisah jika tidak dipilih semula sebagai Murshyidul Am. Kebanyakan anggota majlis adalah dari Kelantan.

Komen Weblog Kelab Greenboc.

SEGALANYA kerana Pindaan Perlembagaan. Entah resolusi yang mana dan muktamar yang ke berapa ada menyebut mengenai pindaan perlembagaan bab Majlis Syura. Ada terlalu banyak "pindaan" dilakukan semenjak Mustafa Ali memegang jawatan Setiausaha Agung.

Anehnya TIADA SIAPA MENYEDARI Perlembagaan PAS telah begitu banyak dipinda, yang sepertimana GB katakan tidak diketahui resolusi yang mana digunakan bagi memindanya sehinggakan organ paling tinggi di dalam parti, iaitu Majlis Syura Ulamak juga telah mengalami pindaan yang begitu drastik selain dari hal-hal seperti Jawatankuasa Disiplin parti.

Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana tidak jelas kedudukan pindaan perlembagaan ini.

1) Resolusi yang ada kaitan dengan pindaan perlembagaan - tarikh resolusi dikeluarkan dan muktamar ke berapa?

2) Siapa mencadangkan siapa menyokong dan apa butirannya?

3) Mengapa sebelum ini (sebelum Mustafa Ali menjadi Setiausaha Agung), tiada sangat pindaan yang drastik tetapi sebaliknya berlaku selepasnya?

4) Ada kesilapan teknikal sehingga Perlembagaan PAS terlibat sama? Menatang apa kesilapan teknikal sedemikian rupa sehingga bab yang menyentuh institusi paling tinggi parti iaitu Perlembagaan serta badan paling tinggi iaitu Majlis Syura Ulamak tercemar dan terrombak lantarannya? Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan tentang kesilapan teknikal ini?

5)Majlis Syura Ulamak yang pertama tahun ini dipengerusikan oleh Presiden PAS sedangkan berdasarkan Perlembagaan (sebelum dipinda), Mursyidul Am PASlah yang sepatutnya mempengerusi mesyuarat Majlis Syura Ulamak. Apakah selepas ini Presiden PAS adalah pengerusi Majlis Syura Ulamak atau Presiden PAS dinobatkan terus sebagai Mursyidul Am PAS untuk mmempengerusi Majlis Syura Ulamak?

6) Sudahkah pindaan perlembagaan ini telah dimaklumkan dan mendapat restu dua per tiga peserta muktamar seperti kehendak Perlembagaan PAS?

c) Fasal 77: Mengubah Perlembagaan PAS. 1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambah dengan ketetapan yang dipersetujui oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.

7) Sudahkan pindaan ini mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan?

Fasal 77: 3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkaitan dengan perlembagaan ini tidaklah boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat perakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

8) Sudahkah Majlis Syura Ulamak sendiri khususnya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz dimaklumkan mengenai pindaan yang menyayatkan hati ini?

9) Siapa meminda dan apa agenda sebenar pindaan-pindaan yang drastik ini?

JIKA GB TIDAK MENDAPAT JAWAPAN YANG BENAR DAN MEMUASKAN TERHADAP SOALAN-SOALAN DI ATAS, MAKA DENGAN INI GB MENYATAKAN IA ADALAH AGENDA PEMIMPIN TERTENTU DARI GOLONGAN TERTENTU DI DALAM PARTI YANG YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN TERTENTU SEHINGGA PERJUANGAN PAS BOLEH DINODAI SEDEMIKIAN RUPA TANPA SEBARANG SEKATAN DAN HALANGAN.

Berdasarkan sebuah hadits yang dituturkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Hudzaifah al-Yamaniy ra, bahwasanya beliau ra berkata;

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

”Orang-orang bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan. Sedangkan aku bertanya kepada beliau saw mengenai keburukan, karena khawatir keburukan itu akan menimpaku.

Aku bertanya, ”Ya Rasulullah, sesungguhnya, kami dahulu berada di masa jahiliyyah dan keburukan. Lalu, Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini. Lantas, apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan?

Nabi saw menjawab, ”Ya”.

Saya bertanya lagi,”Apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan?

Nabi saw menjawab, ”Ya, dan di dalamnya terdapat ”dakhan” (kotoran).

Aku bertanya, ”Apa kotorannya?”

Beliau menjawab, ”Kaum yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku; yang mana kamu mengenal mereka, dan kamu akan mengingkari”.

Aku bertanya lagi, ”Apakah setelah kebaikan itu akan datang keburukan lagi?

Nabi saw menjawab, ”Ya, orang-orang yang mengajak ke pintu-pintu neraka. Siapa saja yang menerima ajakan mereka menuju pintu-pintu neraka, mereka akan melemparkannya ke dalam neraka”.

Aku bertanya lagi, ”Ya Rasulullah, beritahukanlah sifat-sifat mereka kepada kami”.

Nabi saw menjawab, ”Mereka memiliki kulit yang sama dengan kita, dan berbicara dengan bahasa-bahasa kita”.

Aku bertanya lagi, ”Apa yang engkau perintahkan kepada kami, jika hal itu menimpaku?

Nabi saw menjawab, ”Tetapilah jama’at al-Muslimiin dan imam mereka”.

Aku bertanya, ”Lalu, bagaimana jika mereka tidak memiliki jama’ah dan imam”.

Nabi saw bersabda, ”Jauhilah semua firqah tersebut, meskipun engkau harus menggigit akar kayu, hingga kematian menjemputmu, sedangkan engkau tetap dalam keadaan seperti itu”.[HR. Imam Bukhari dan Muslim]

Maka wajar sangat PAS dikembalikan kepada perjuangan asalnya mengikut roh perjuangan Islami yang dipegang berdasarkan Perlembagaan yang tidak sepatutnya diubah sesuka hati atau akan disisihkan oleh ahli-ahli sekalipun ahli-ahli terpaksa menggigit akar kayu sepertimana dinyatakan oleh hadith di atas. Ahli-ahli PAS tidak wala' membuta-tuli dan tidak sepatutnya bersekongkol dengan mereka yang berkepentingan yang mempunyai agenda tersembunyi sebab nantinya mereka kelak akan ditanya oleh Ilahi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: PAS perlu jelaskan persoalan-persoalan di atas, supaya jangan ada yang menyangka Tok Guru Nik Aziz tersingkir dari Mursyidul Am adalah kerana angkara politiking Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang pernah ditolak dalam mesyuarat Agung PAS beberapa penggal, sebelum dilantik ke jawatan itu. Apakah ia merupakan kemenangan golongan Kerajaan Perpaduan dalam catur politik dalaman PAS? (IH)

Liat sebelum ini..

Artikel Penuh

1 comment:

Anonymous said...

salam ibnu hasyim,
apa yang anta tak puas hati dgn cikgh pa sebenarnya? LAGAKAN CIKGU PA DGN TOK GURU NIK AZIZ PASTU DAN JUGA DENGAN UST AHMAD AWANG.
anta aDA TAK DAPAT PROJEK DGN DIA KER? JGN GITU. JGN BERPECAH PAS KERANA ANTA PUNYA BLOG ANTA NI. DOSA BESAR TUUU.

malah sekarang ni hubungan pas terengganu dgn tg nik aziz menjadi tambah erat bila anak tg nik aziz kahwin dgn anak pimpinan pas terengganu iaitu anak hj zainuddin anz.

jgn lAH LAGAKAN PIMPINAN PAS LAGI BOSSSSS...ANA SAYANG ENTA SYEIKH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails