Sunday, March 28, 2010

Pelajar Pintar Hilang, Dah Jumpa. Sihat & Kahwin.

pix_gal0

MAC 28 10. BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.

Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand. Normah ketika ditemui turut menunjukkan SMS yang memaparkan kata-kata “Salam...dikton (Halimaton) minta maaf banyak-banyak kat mak dan ayah...ya, kami dah kahwin...”

Selain memaklumkan sudah berkahwin, Halimaton yang berasal dari Baling, turut meminta ibunya tidak risau kerana dia selamat. Normah yang masih terkejut dengan SMS itu, sedih kerana usia anaknya baru mencecah 15 tahun dan bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

“Saya sedih dan amat terkejut apabila membaca SMS berkenaan. Namun, saya berharap dia pulang ke pangkuan keluarga demi masa depannya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad mendakwa Halimaton dilarikan pemuda yang dikenali sebagai Md Nor Abdullah atau Adam dari Langkawi, sebelum berkahwin di Golok. Berdasarkan maklumat, katanya, Halimaton dilarikan Adam ke Golok dan kini menetap di sekitar Kuala Krai selepas berkahwin.

Katanya, maklumat itu diperoleh daripada rakannya yang membantunya, termasuk ke Golok dan mendakwa melihat nama Halimaton tersenarai dalam daftar perkahwinan.

“Saya harap dia pulang kerana keluarganya merinduinya, apatah lagi dia satu-satunya harapan keluarga untuk mengubah masa depan mereka.

“Dia pelajar yang pintar dan pada usianya yang muda, sepatutnya dipenuhi dengan ilmu yang berguna dan bukannya dirosakkan dengan kata-kata manis lelaki,” katanya.

Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan. Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hanya orang baik-baik yang mahu berkahwin, tidak seperti remaja-remaja lain yang lari rumah ikut lelaki tetapi tidak berkahwin. Untuk menyelesaikan masalah pelajaran dan lain-lain seperti yang disebutkan, semuanya boleh dirunding semula. Perkahwinan tidak menghalang pembelajaran. Jangan ada pula puak-puak tertentu campur tangan mengeruhkan suasana, menuduhnya kahwin bawah umur, tiada kebenaran wali dan lain-lain. (AK)

Lihat sebelum ini..

5 comments:

tamingsari said...

Alhamdulilah. Semoga aman bahagia dan direstui ahli keluarga. Keluarga kena banyak2 sabar. Pasangan lain kena ambil iktibar. Jgn buat tak senonoh. Lepastu buang bayi tepi longkang.

Minta maaf kpd Ibnu Hashim kerana terlupa nak bagi salam.

zane said...

Benar,

Dalam dunia yang penuh fitnah hari ini ramai remaja terjebak dengan hubungan seks luar nikah dan melahirkan anak-anak yang tidak berdosa dan ada diantara anak-anak itu dibuang dengan zalim.

Nampaknya remaja Halimaton ini memilih untuk melakukannya secara sah. Di sisi Islam perbuatan itu lebih baik dari berzina dan perkahwinan itu seharusnya direstui. Remaja ini mesti disokong dan dicari alternatif untuknya menyambung pengajian kerana dia mempunyai peluang cerah untuk berjaya dalam akademik.Langkah yang perlu diambil kedua-dua pihak ialah berdamai dan berbincang.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih pendapat di atas, termasuk Taming sari yang lupa bagi salam..

As-salamu alaikum semua.

ummuNaim said...

Salam semua, Bagi pandangan saya, keputusan yang dibuat oleh Halimaton adalah terburu2..persoalan kahwin awal hanya untuk mengelakkan zina bukanlah penyelesaian mutlak semata2. Persoalannya adalah terletak kpd IMAN dan AKHLAK itu sendiri..justeru ia adalah BENTENG kpd ZINA..apa yg dibimbangi ialah adik Halimaton tidak nampak t/jwab yg bakal dipikul kelak dgn umur yg masih mentah tidak tergalas dgn kehidupan yg amat mencabar ini!!! Kita tidak mahu perkahwinan yg dibina atas dasar cinta Bollywood ini mengundang kpd permasalahan lain yang lbh serius spt isu2 yg dipaparkan di akhbar, suami kelar isteri, suami pukul isteri, suami abai anak2, isteri curang, isteri tinggalkan anak2 ikut kekasih dll..

mien said...

salam. berita terkini. halimaton telah kembali sihat. katanya dia sendiri terkejut dengan berita mengenainya tersebar di dada akhbar. dunia..dunia..aku dah agak dah. mesti halimaton ni kena ubat guna-guna dengan laki tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails