Tuesday, March 30, 2010

Pemimpin Bawah Najib Ditangkap Khalwat Atau Merogol?

Bukan. Bukan. Ini gambar lain. Gambar kisah seorang lelaki sanggup berlakon diserang penyakit sawan dengan mengeluarkan air liurnya bagi mengelakkan dia dicekup anggota Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan pasangannya di dalam sebuah bilik hotel, di Pahang, baru-baru ini.

Sinar Harian: AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

Mac 30, 10: TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ai, khalwat dengan gadis bawah umur. Cuba siasat lagi, entah-entah kes rogol.. Walau suka sama suka, tapi kerana bawah umur. Kahwin bawah umur pun disiasat sampai ke perbuatan di tempat tidur.

Bukan orang biasa pula tu, ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tanah Merah, menurut akhbar tersebut. Pemimpin UMNO, tentulah di bawah tarbiah dan latihan kepimpinan PM Najib. Jangan ada yang menuduh pemimpin UMNO di bawah Najib merogol. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Patutlah ramai anak luar nikah serta gejala buang bayi, rupa-rupanya ini angkara orang UMNO. Apa respon Kak Ijat (Sharizat Jalil)

Anonymous said...

Anda Bijak Jauhi ZINA...dengan tidak bergaul bebas.

Bila dua berlainan gender bersama2...syaitan akan menjadi yg ketiga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails