|
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Rumah Badrul Hisham Shaharin, pengarang buku 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya' di Seremban dibom dengan molotov cocktail kira-kira jam 1.30 pagi tadi. "Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi. Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya. Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau. Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk. “Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat. Beliau adalah bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi. Dalam laporannya, beliau menjelaskan bahawa jirannya ternampak dua orang pemuda berkeliaran di sekitar kediamannya, sebelum melontar molotov cocktail ke halaman rumahnya. Bagi Badrul sendiri, beliau tidak mengesaki sesiapa pun. Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak polis kena siasat segera, jangan sampai budaya pengganas berkembang di negara ini. Apakah pengebom itu pengganas-pengganas yang merosakkan gereja juga? |
Wednesday, March 24, 2010
Pengarang Buku 'Altantuya' Dibom, Siapa Pengganas Itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apakah keamanan wujud lagi di kita ini? Seolah2 orang jahat menunjuk kuasa...
Seolah menghantar pesanan kpd semua rakyat: Altantuya pun kena bom...ini kan pula rakyat negara ini?
Bangsa yg tak takut mati akan terus hidup...
Bangsa yg takut mati, tidak pernah hidup.
Rakyat Malaysia rela mempertahankan kebenaran supaya kebenaran tetap hidup...dan merata dlm negara.
Post a Comment