Wednesday, March 03, 2010

Royalti Minyak K'tan: Tidak Wajar Ke Mahkamah -Hishamuddin Hussein

Mac 03, 2010 MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya. Demikian menurut BERNAMA hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

Pembetulan Tadak = Tidak.

Apa guna buat perjanjian yg di iktiraf oleh Akta Kontrak Malaysia, tiba2 T A K U T ke mahkamah untuk mnyelesaikan pecah kontrak yg di buat oleh Petronas (kerana di paksa oleh kerajaan BN/UMNO)...

Rakyat sudah mulai mengerti penipuan BN/UMNO selama ini.

Lwn ttp lawan.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails