Friday, March 26, 2010

Seks Gereja Melanda AS Pula -The New York Times

Peter Isley (tengah), John Pilmaier (kiri) dan Barbara Blaine kesemua dari Amerika Syarikat memegang gambar Kardinal Tarcisio Bertone (atas) dan Pope Benedict XVI semasa menyertai demonstrasi membantah skandal seks melibatkan kanak-kanak di hadapan Dataran St. Peter di Vatican, semalam. Isley, Pilmaier dan Blaine didakwa menjadi mangsa seks oleh paderi-paderi di Gereja Roman Katolik. - Reuters

WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974. Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan. Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri. Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu. Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang. Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya. Seks gereja sudah merebak ke AS.

5 comments:

  1. Mari pakat memeluk Islam...krn hanya Islam yg membawa kesejahraan hidup dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Gereja Katolik memang telah diketahui umum ratusan tahun lagi membenarkan seks haram diamalkan dibawah bumbung gereja.
    Kelahiran bayi oleh biarawati berterusan berlaku tetapi cuba disembunyikan dengan menyediakan rumah anak yatim. Tidak ada ujian DNA yang dijalankan ke atas bayi.
    Dengan berlindung atas nama rumah anak yatim ini convent2 ini berterusan menjadi pusat recycle anak-anak hubungan haram ini. Disamping anak-anak yatim yang sebenar. Dan sekolah termasuk di Malaysia sendiri.
    Gejala homoseks pula telah mewarnai Vatican dan semua gereja Katolik seluruh dunia termasuk USA.
    Ramai Kristian berpindah ke gereja Protestan sebagai bantahan aktiviti haram ini secara senyap.
    Manakala kalangan protestan pula, gereja Mormon merupakan satu lagi kaedah menghalalkan seks bebas dikalangan pendita mereka. Mormon mengamalkan konsep commune yang membolehkan paderi atau ketua agama mereka merampas isteri anggota gereja atas alasan lelaki ini telah dipecat dan usir dari commune ini. Dan lebih menarik, tidak ada had jumlah isteri yang boleh disimpan sehingga puluhan wanita adik beradik dan mak dan anak boleh menjadi isteri kepada pemimpin gereja ini. Menjadi satu amalan biasa dalam gereja Mormon atau Church of the Latter Saints ini untuk menghalau anak-anak lelaki berusia belasan tahun jika didapati boleh mengganggu paderi atau ketua gereja yang bercadang menambah isteri dari kalangan gadis seusia anak-anak muda ini.
    Pelbagai alasan diberikan dan yang pastinya jumlah wanita melebihi 3x lelaki dalam usia belasan tahun sehingga 30an dalam komuniti gereja ini.
    Jadi, fenomena skandal seks Katolik merupakan sebahagian dari keadaan sebenar pemimpin gereja yang menggunakan gereja untuk menjalankan aktiviti seks haram mereka.

    ReplyDelete
  3. islam boleh harap ke?hehehe..balik2 perang je..tak de keamanan pun

    ReplyDelete
  4. Re:(Anonymous)islam boleh harap ke?hehehe..balik2 perang je..tak de keamanan pun.

    Setahu sy, Islam tidak menganjurkan perang, tp US dan konco2nya. Ye lah, bisnes senjata api kan.. kena lah promosi peperangan. Hmpir semua 'peperangan' yg melibatkan Islam di zaman skg semata2 utk mpertahankan diri/negara drpd pencerobohan; ada yg sbg menentang penindasan drpd kerajaan yg anti-Islam; mahukan kemerdekaan drpd cengkaman negara yg kafir; provokasi negara luar yg mmg nak berperang.
    So, jgnlah nak memfitnah umat Islam, esp. kalo tggal di M'sia yg agama rasminya ISLAM. klu x suka, g lah negara Barat. klu x mampu, Singapore tu dekat je.

    ReplyDelete
  5. Re:islam boleh harap ke?hehehe..balik2 perang je..tak de keamanan pun

    Saudara belajarlah dari buku2 ilmu tentang Islam sebelum anda melabel Islam sebegitu buruk sangka sekali.
    Anda masih punya waktu setidak tidaknya anda mendalami ilmu.Cubalah!

    ReplyDelete