Wednesday, March 31, 2010

Seorang Wartawan Non Muslim Menyamar Pakai Hijab..

CATATAN PERJALANAN

SOSOK perempuan mengenakan baju abaya hitam lengkap dengan cadarnya menjadi pusat perhatian pengunjung Mall Itäkeskus di kota Helsinki, kota terbesar di negara Finland. Tidak seorang pun tahu bahawa sosok dibalik niqab atau hijab itu bukan seorang perempuan Muslim. Sebenarnya dia seorang wartawan bukan Islam dari akhbar'Helsingin Sanomat', sebuah akhbar terbesar di kawasan Skandinavia.

Nama wartawati itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin rasa sendiri bagaimana pengalaman pakai pakaian Islam lengkap dengan penutup muka di tengah masyarakat Findland yang masih asing dengan agama Islam. Bagaimana rasanya ditatap, direnung dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekitarnya.

Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya ketika itu. Inilah yang ditulisnya ...

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan memlanggar bahu seorang lelaki di sebuah toko barang-barang etnik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tetapi dengan sikap tak acuh seperti yang biasa terjadi.

Tetapi tiba-tiba lelaki itu kebetulan tertengok ke arah saya. Dia mula sedar, saya seorang perempuan memakai abaya dan cadar tutup muka hitam. Pakaian khas perempuan Muslim. Lelaki itu sikit-sikit membungkuk ulangi lagi mohon maafnya. Saya kira dia orang Arab dari dialegnya masa meminta maaf. Masa itu saya rasa suatu hal yang tidak pernah saya rasa sebelumnya, kerana dilayan dengan begitu hormat oleh orang lain.

Dari toko etnik, saya menuju stasyen Metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna orange, saya menerima reaksi yang tidak terduga pula.

Seorang lelaki lain mabuk berteriak terjerit-jerit pada tiga temannya di dalam metro yang padat penumpang. "Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!" teriak lelaki mabuk tadi.

Membuat penumpang-penumpang lain berhampian saya serta merta memalingkan pandangan mereka, tidak mahu melihat arah wajah saya yang berpakaian hitam ini. Tetapi tiba-tiba seorang perempuan pula menegur saya, "Barang anda jatuh!" Kata seorang perempuan setengah baya.

Dia menyerahkan sepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah. Dia tolong... dan berbaik-baik dengan saya. Saya tidak berani mengucapkan balas terima kasih pada perempuan itu, takut terbongkar rahsia penyamaran saya.

Saya berjalan lagi. Ada seorang gadis asal Somalia, bekerja sebagai penjaga toko, membantu saya membetulkan cadar yang saya pakai. Dia memberitahu saya, bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki memakai pakaian seperti yang saya pakai. Gadis Somalia itu juga beritahu elok jangan pakai pakaian hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna dramatis, mengundang dan menarik pandangan ramai orang.

"Tudung warna-warni yang cerah lebih bagus!" kata gadis itu seraya mengatakan bahawa kaum perempuan Muslim di Finland bebas menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.

Di Mall Itäkeskus, saya lihat ramai yang memandangi saya dengan tatapan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya semasa melihat saya dengan raut mukanya yang panik. Saya sendiri mulai membiasakan diri mengenakan abaya dan cadar. Saya mulai merasakan pakaian ini sangat selesa, nyaman dan hangat, meski saya agak susah melihat sesuatu dengan jelas kerana cadar yang kenakan.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan parking di lantai paling atas Mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua asal Somalia yang dengan perlahan mengucapkan "Assalamu'alaikum".

Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan berbagai etnik yang pakai pakaian Muslimah, selalu mengucapkan "Assalmua'alaikum" semasa berselisih dengan saya. Ketika itu saya tidak tahu maknanya. Akhirnya baru saya tahu ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.

Tiba-tiba seorang lelaki sedang berdiri di depan sebuah toko memanggil saya. "Hello ! Hei ! Tunggu!" Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu. Beberapa jam setelah berkeliling dengan mengenakan busana tersebut, saya kembali ke stasyen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center...

Jelaslah, selama perjalanan, dan merenungkan pengalaman sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap purdah dan hijab yang saya pakai.. saya rasa sendiri bahawa pakaian tersebut tidaklah seburuk seperti yang orang lain fikirkan. Tanpa ragu saya tegaskan, "Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasa kedamaian."

Kisah ini menjadi ironi sewaktu negara-negara Eropah ramai-ramai mulai melarang hijab, jilbab dan cadar. Sepatutnya mereka yang melarangnya kena baca kisah wartawan Helsinki ini. Tak perlu larang, kerana ini semua adalah kerana Islamofobia masyarakat Barat itu sendiri, mereka cipta objek yang mereka sendiri takuti. Sebenarnya bukan dari orang Islam. Kadang-kadang kerajaan orang Islam sendiripun tertipu dengan bayang-bayang hantu ciptaan barat itu..

Ibnu Hasyim
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. 31Mac 2010

2 comments:

Anonymous said...

Sudah 25 tahun saya memakai purdah...setakat ini ok.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Tidak mustahil akan makin banyak kes-kes penyamaran seperti ini berlaku dibarat. Agendanya cukup mudah:- Untuk memomok dan memburukkan lagi imej Islam yang sudah tercalar dek gara2 isu yg kecil sebenarnya ini.

Umat Islam disana diharap jangan terlalu dangkal dan jumud dalam mempraktikkan Islam dikalangan orang2 Barat ini yang sememangnya menunggu peluang seperti ini untuk menindas Islam.

Jimizul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails