Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA).
Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, speaker Datuk R Ganesan serta semua Adun Barisan Nasional Bebas dan Pakatan Rakyat mula tiba pada jam 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.
Semua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan.
Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.
Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan.
Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lalu, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai.
Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi, di atas dewan berkenaan.
Mereka hanya dapat mendengar daripada mikrofon yang disediakan dan tidak berjaya memantau apa yang sebenarnya terjadi di dewan.
Tidak seperti sidang DUN negeri yang lain, wartawan kali ini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.
Menurut adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang menghantar SMS, kekecohan berlaku kerana pihak media dan wakil Pakatan Rakyat dikehendaki memasuki melalui pintu yang berlainan. Mereka juga terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat berbanding rakan BN. Menurut Nga mereka membantah terhadap layanan itu yang disifatkan sebagai “memalukan”.
Sementara itu, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar menafikan kenyataan Speaker DUN, Datuk R Ganesan yang mengatakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) menghantar soalan lisan dan bertulis menerusi e-mel kepadanya.
Sivakumar berkata, perkara itu tidak pernah berlaku malah e-mel berhubung soalan yang akan dikemukakan sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac nanti hanya dihantar kepada Setiausaha Dewan Negeri, bukannya kepada Ganesan.
Menurutnya, berdasarkan Perintah-perintah Tetap 22(2), setiap soalan hendaklah ditulis tidak kurang daripada 14 hari daripada tarikh persidangan dan jawapannya perlu diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Dewan pada waktu pejabat.
“Apa yang kita lakukan adalah mengikut undang-undang dan setiap ADUN sebenarnya sudah menerima surat lengkap dengan pengesahan (cop Setiausaha Dewan Negeri) pada 15 Mac lalu,” katanya pada sidang media di Pejabat Sekretariat PR (Pas) Perak di sini, semalam. (Malaysiakini dll/AK.)
Tolong beritahu Nizar, Jangan dok ikut cakap DAP sangat. Mereka tu sanggop buat apa saja termasuk mengguna ayat alquran bagi tujuan politik. Bukannya mereka percaya pada firman Allah.
ReplyDelete