Tuesday, March 23, 2010

SIS: M'sia, Pakai Nama Islam Perlu Izin?



SIS, Berita Dari BBC Indonesia:
Dewan Pemuda Masjid mengatakan memakai nama Islam harus pakai ijin


MAC 22 HARI ini, BBC Indonesia melaporkan, kelompok pemuda di Malaysia mengajukan gugatan terhadap kelompok pegiat perempuan yang menggunakan kata Islam sebagai nama organisasinya. Ketua umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Mohamad Nawar Arifin mengatakan mereka menggugat Sisters in Islam, karena penggunaan kata Islam harus mendapatkan ijin dari pemerintah.

"Gugatan kami ajukan karena mereka menggunakan nama Sisters in Islam sementara nama dalam pendaftaran resmi adalah SIS Forum," kata Nawar kepada BBC Indonesia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ertinya menggunakan nama Islam pada badan yang dipertikaikan Islamnya, oleh masyarakat Islam dan pemerintah. Dituduh juga membawa suatu ajaran baru yangmengelirukan dan bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Contohnya dalam mkes hukum sebat seperti laporan ini.. Menurut Malaysiakini: Mac22.

Polis Rakam Kenyataan Pengarah Eksekutif SIS.

Pengarah eksekutif Sister in Islam (SIS), Dr Hamidah Marican memberi kenyataan di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini berhubung laporan polis yang dibuat terhadap SIS berkaitan kenyataan akhbar mengenai kes sebatan tiga wanita Islam di bawah undang-undang jenayah syariah.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh lima bulan, polis merakamkan kenyataan kakitangan dan anggota SIS berhubung pendirian kumpulan itu mengenai sebatan ke atas Wanita Islam, kata SIS dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, November tahun lalu, tiga kakitangan SIS dipanggil oleh Bukit Aman berkaitan siasatan di bawah Akta Hasutan. Kali ini, kata kenyataan itu,

Dr Hamidah pula memberi kanyataannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan yang menyebut - menyebabkan atau cuba menyebabkan atau yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudarat atau cuba memudarat atau berkemungkinan memudarat, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan-alasan agama.

Siasatan dibuat berdasarkan satu laporn polis yang dibuat oeh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap kenyataan akhbar SIS pada 17 Februari yang mempertikaikan motif kerajaan berhubung hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam. Dr Hamidah ditemani peguam dan rakan-rakan dan penyokong SIS. Beliau memberi kenyataan itu hampir satu setengah jam.

Mengenai saman pemuda yang difailkan oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia hari ini terhadap SIS Forum (Malaysia) bagi menuntut perisytiharan bahawa nama organisasi itu yang sah di sisi undang-undang bukanlah Sisters In Islam, kenyataaan itu berkata, pihaknya akan mengulasnya apabila menerima dokumen berkaitan.(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails